hidup untuk memberi kepada orang disekeliling dan ummah!

it's merely what I want to write,but not merely without purpose,i want to give people what i learn and what i have!
LIFE IS FOR YOU TO
SHARE IT WITH PEOPLE AROUND YOU,MAKE THEM HAPPY,U WILL BE HAPPY!

Friday, April 6, 2012

sahabat atau musuh?


Karya ini adalah taklifan dari naqibah,katanya cerpen tapi saya dah macam nak buat novel pun ada jugak,anyway,enjoy!
p/s:maybe cerita tu agak cliche and drama,tapi,tu mungkin juga realiti!


PERTEMUAN PERTAMA

“Ariff aku sayang engkau kerana Allah,”jerit Amin dari belakang tatkala Ariff sedang menuju ke kantin sekolah.

Kata-kata itu yang sering diungkapkan oleh Amin kepada Ariff sewaktu zaman persekolahan mereka dulu.Teringat Amin akan gelagat dan reaksi Ariff sewaktu kali pertama mendengar perkataan itu,mukanya merah padam dan tertunduk malu di hadapan guru-guru dan rakan-rakan. Kata-kata itu jarang dilontarkan oleh seorang lelaki kepada lelaki yang lain,mungkin kerana itu jugalah Ariff tertunduk malu.

“Kau buat aku malulah Min,nanti orang ingat kita ni ada apa-apa macam mana? Mana ada lelaki cakap sayang-sayang sesama mereka di khalayak ramai.”Jerkah Ariff sambil tangannya hendak memukul belakang Amin.

“Biarlah apa orang nak kata,yang penting aku sayang kau sebagai sahabat kerana Allah,ukhwah yang terbina ini bukan atas nafsu atau suka-suka tapi kerana Allah,lillahita’ala.”Balas Amin kepada Ariff atas pertanyaannya sebentar tadi.

Tersentap Amin dari lamunannya dengan kehadiran jururawat yang hendak memeriksa rekod kesihatan Ariff.Ditatpnya wajah Ariff sedalam-dalamnya.Rasa sebak menjelma tatkala melihat wajah sahabat baiknya yang hanya mampu terbujur kaku di atas katil hospital tanpa sebarang reaksi.Teringat Amin akan Ariff yang mula-mula dikenali sewaktu sekolah dahulu.Ariff,shebat namanya,orangnya juga hebat.Ariff adalah seorang lelaki metropolitan yang kaya,hidupnya hanya berkisar sekitar bandaraya Kuala Lumpur,namun kekayaannya tidak pernah menjadikan Ariff seorang yang sombong.Walaupun Ariff kaya tetapi dia tidak pernah miskin budi bahasa.Statusnya sebagai anak hartawan tidak pernah digunakannya untuk kepentingannya sendiri,malahan,kehidupan keluarganya juga sederhana.

Amin pula seorang yang lahirnya di kampung dan membesarnya juga di sana.Kampung Batu Tiga,Perak menjadi taman permainannya sejak kecil.Menjadi yatim sejak umur empat tahun menyebabkan Amin pandai berdikari,ketiadaan ayahnya tidak pernah dikesali namun ia menjadi pembakar semangat baginya untuk melangsungkan hidup menyara keluarganya.

Pertemuannya dengan Ariff bermula sejak tingkatan satu lagi.Maktab Rendah Sains Mara Jasin menjadi saksi pertemuan mereka buat pertama kalinya.Teringat Amin bagaimana Ariff kelihatan kekok kerana baru pertama kali berjauhan dengan keluarga dan terpaksa berdikari.Namun,dengan keberadaan Amin,segala perkara dapat dilakukan dengan mudah.Sejak detik itu,persahabatan mereka menjadi sangat akrab,bagai aur dengan tebing.

Pernah satu ketika Ariff tersepit antara dua keputusan,sama ada ingin memasuki pertandingan bola sepak atau perbahasan.Amin menjadi satu-satunya tempat rujukan dan perbincangan Ariff.

“Aku ada masalah besar ni Min,tolong aku ye?”.Keluh Ariff kepada Amin sambil memegang dahinya.

“Masalah ape Riff?Besar ke masalah tu?”Tanya Amin.

“Besar bagi aku la,tapi bagi kau aku tak tahu la.Aku tak tahu nak join pertandingan mana ni.Bola Sepak memang favourite aku,tapi aku kesian dengan Pn.Rozita,dia beria-ia nak aku masuk pertandingan Bahas Diraja,tak sanggup aku nak kecilkan hati dia,macam mana Min?Apa patut aku buat?.”Keluh Ariff lagi.

“Macam nilah Riff,pertandingan tu tiga bulan lagi kan? Sebelum kau buat keputusan,cuba kau take time untuk fikir masak-masak.Memang bola sepak minat kau,tapi tak salah juga untuk cuba berbahas kan? Aku nasihatkan engkau tanya pendapat cikgu-cikgu lain,sambil tu,kau solat istikharah juga.”Jawab Amin.

“Solat istikharah bukan untuk kahwin ke Min?”Tanya Ariff dengan penuh kehairanan.

“Ish,mana ada la.Siapa ajar kau macam tu?Sebenarnya kan ramai orang yang tak tahu yang solat istikharah ni boleh dilakukan untuk apa-apa sahaja,bukan tertakluk semata-mata untuk nikah kahwin je.Apabila dalam keadaan memerlukan keputusan dibuat,solat istikharah sangat membantu.Tapi kan Riff,solat bukan masa nak minta tolong Allah aturkan keputusan mana yang terbaik untuk kita je,tapi solat selalu,supaya setiap detik hidup kita ini Allah yang atur dengan sebaiknya.”Syarah Amin dengan penuh semnagat.

“Baiklah Ustaz Muhammad Amin Taqiuddin Bin Mohd Azhar.”Perli Ariff.

“Tak ustaz sangat la,cuma berkongsi je.Kau ni pun,tak payah nak perli sangat la kan.Jomlah,aku lapar ni,kantin jom!”Jelas Amin sambil mempelawa Ariff ke kantin.

Suasana di hospital suram dan sunyi,cuma sesekali diselangi bunyi ambulans dan adakalanya bunyi tangisan bayi.Suasana itu juga yang membawa Amin ke dunia realitinya sekarang.Dunia yang penuh kesuraman dan kehibaan.

“Lama encik termenung tadi,teringat apa encik?”Tanya jururawat yang baru sahaja selesai menyemak rekod kesihatan Ariff.

“Erm,tak ada apa-apa nurse,cuma teringat kisah lama saya dengan Ariff,waktu zaman-zaman sekolah dahulu.Bagaimana dengan Ariff nurse? Ada apa-apa perkembangan?”Tanya Amin kepada jururawat yang bertugas.Dalam hatinya penuh pengharapan supaya Ariff memberi perkembangan yang positif.Sudah tiga hari rakannya itu terlantar di katil hospital kerana kemalangan jalan raya.Sejak tiga hari itu juga Amin menjadi penunggu setia di hospital itu.Saban hari,hatinya meruntun-runtun memohon kepada Allah supaya memberi kesembuhan kepada rakannya itu.Saban hari itu juga, dia menjadi peneman setia Ariff dan akan sentiasa menjadi peneman Ariff hingga saat matanya terbuka.

“Setakat ini,Encik Ariff tidak memberi sebarang respon terhadap ubat yang kami berikan itu,walaubagaimanapun,ECG Encik Ariff sudah normal dan tekanan darahnya juga sudah kembali ke tahap normal.Encik jangan bimbang,saya yakin dengan kuasa Allah yang Encik Ariff akan kembali normal,encik cuma kena banyakkan berdoa sahaja,selebihnya kita serahkan kepada Allah.”Jawab jururawat itu sambil mengambil barang-barangnya untuk keluar.

CITA-CITA

Tanggal 23 Mac 2001 menjadi detik bersejarah bagi semua pelajar Maktab Rendah Sains Mara Jasin kerana keputusan Sijil Peperiksaan Malaysia telah keluar.Amin mencari-cari keberadaan Ariff.Sudah hampir 3 bulan dia tidak menemui Ariff,rindunya pada Ariff sudah meninggi setinggi gunung Everest.

“Riff! Riff! Riff!.”Jerit Amin dari belakang tatkala terlihat Ariff.

“Lama tak jumpa kau.Macam mana sekarang?Sihat ke tak? Rindu kau la Riff,maklum la,lama tak jumpa.Kau rindu aku tak?”Tanya Amin.

“Rindu? Kau ni tak ada benda lain nak tanya ke Min? Aku pun lama tak jumpa kau.Kau buat apa sekarang?Kerja ke ambik short course?”Tanya Ariff.

“Yela,aku rindu dekat kau,sebab tu aku tanya kau rindu aku ke tak.Aku kerja mengajar dekat kampung,gajinya tak banyak tapi cukup untuk sara aku sekeluarga.Kau pulak buat apa?”Tanya Amin semula.

“Aku tolong papa dekat office dia sambil ambik kursus fotografi.Dah tengok keputusan ke Min?Mesti kau dapat straight A punya.”Jawab Ariff.

“Aku pun tak tengok lagi keputusan,cikgu baru nak umumkan pelajar terbaik sekolah.Dengar cerita,ada seorang pelajar sekolah kita dapat pelajar cemerlang peringkat Malaysia,siapalah tu agak-agaknya.”Jawab Amin sambil matanya melilau mencari Encik Raja,guru kelasnya.

Keadaan di Maktab Rendah Sains Mara Jasin agak kelam kabut dengan kehadiran ibu bapa dan pelajar-pelajar yang masing-masing mahu mengambil keputusan Sijil Peperiksaan Malaysia mereka.Tangisan suka dan duka dapat dilihat di muka pelajar-pelajar serta ibu bapa.Amin bersama Ariff masing-masing mengambil tempat di hadapan guru kelas mereka.

“Cikgu macam mana keputusan kami?”Tanya Ariff dan Amin.

“Alhamdulillah,kamu berdua mendapat keputusan yang sangat cemerlang.Kamu berdua mendapat semua A dalam setiap matapelajaran.Tahniah cikgu ucapkan,tidak sia-sia hasil usaha gigih kamu berdua selama ini.Cikgu turut tumpang gembira dengan pencapaian cemerlang kamu.”Jawab Cikgu Raja sambil bersalaman bersama mereka.

“Ini semua berkat didikan cikgu juga.Tanpa tunjuk ajar dari cikgu,masakan mungkin kami berjaya sampai tahap ini.Terima kasih cikgu atas tunjuk ajar yang diberikan,hanya Allah sahaja yang mampu membalasnya.”Balas Amin sambil tangannya dihulur untuk mengambil keputusannya.

Hanya senyum manis terukir di muka kedua-dua anak muda ini.Berkat usaha gigih mereka akhirnya terbayar dengan usaha gigih mereka.Ibarat pepatah arab “siapa yang berusaha pasti berjaya”.Ariff yang ditemani kedua ibu bapanya tampak sangat gembira melihat keputusannya.Walaupun Amin tidak ditemani ibunya,namun,doa ibunya dari jauh sudah cukup menggembirakan hati anak muda itu.Sebelum berpisah,keduanya sempat bertanya tentang pelan masa depan mereka.

“Kau nak sambung mana Min?”Tanya Ariff.

“Aku rasa sambung universiti dalam negeri je kot.Aku nak ambik kursus perubatan dekat UIAM kot,kau macam mana Riff?”Tanya Amin pula.Hatinya penuh pengharapan supaya rakan baiknya itu turut sama menyambung pelajaran di UIAM juga,namun,dia sudah diberitakan awal-awal bahawa sahabatnya itu hendak menyambung pengajian dalam bidang kejuruteraan di Amerika Syarikat.

“Aku mungkin ikut pelan asal aku untuk ke Amerika,doakan aku ye Min.”Jawab Ariff.

Sejak saat itu,masing-masing membawa haluan sendiri.Namun,hubungan antara mereka tidak pernah terputus.Hanya e-mel,telefon dan SMS menjadi penghubung antara mereka.

TEMAN BARU

“Class,please tick your name on the attendance sheet.Do not tick others name.One more,could you please pass your thesis on the geotechnical effect of soil erosion on building.”Syarah Profesor Robert yang merupakan pensyarah Kejuruteraan Geoteknikal di Michigan State University.

Suasana di sekitar kawasan agak sesak kerana waktu rehat telah tiba.Terlihat kelibat seorang lelaki melayu berlari-lari menuju ke bangunan kejuruteraan universiti.Pakainnya nampak agak tidak kemas,dengan hanya memakai jeans lusuh dan t-shirt kelabu berserta kasut putih berjenama Adidas dan sebuah beg tergalas di bahunya.

“Ya Allah,minta-minta aku tak lambat lagi hari ini.”Gumam hati pemuda melayu itu.

“Mr.Aizat,why are you late again?”Tanya Profesor Robert.Tersentak Aizat dengan pertanyaan itu.

“Erm,I’m sorry prof,I woke up late,I promise I won’t do it again,can I take my seat?”Jawab Aizat tanpa sedikit perasaan bersalah dalam hatinya.

I’ve had enough of you,this is not the first time,I’m sorry,if you behave like this again,I will not hesitate to tell the Dean.Please take your seat and pass your thesis.”Marah Profesor Robert.Wajah putih Profesor Robert bertukar kemerahan kerana menahan marahnya.

“Promise,I won’t do it again prof.”Janji Aizat kepada Profesor Robert.

Terus si anak muda itu mengambil tempatnya di sebelah Ariff.Satu-satunya rakan Malaysia yang sekelas dengannya.

“Kau dari mana? Kenapa lambat sangat datang? Takkan kau nak hari-hari kena marah dengan profesor?”Tanya Ariff.

“Kau macam tak tahu pulak,dah dekat tiga tahun kita kenal.Apa lagi yang aku buat hari-hari minggu.”Jawab Aizat dengan nada marah.

“Kau keluar clubbing dengan awek mat salleh kau tu ke? Dengan si Camelia tu?”Soal Ariff walaupun hakikatnya dia sudah tahu.

“Mestilah,siapa lagi.”Balas Aizat.

Aizat adalah satu-satunya rakan seuniversiti Ariff.Walaupun perangainya agak kebaratan,namun,Ariff tidak mampu menasihatinya.Cara hidupnya itu kadang-kala mempengaruhi Ariff juga.Ariff tidak sekuat dahulu lagi,selepas ketiadaan Amin disisinya,hidupnya mula goyah.Kehidupan berpesta sudah menjadi lumrah hidupnya,semakin hari,pegangan agamanya makin goyah.Hidupnya juga sudah dipenuhi dengan gadis-gadis,rokok,pesta dan hiburan dan kadang kala arak.Hubungan Ariff dengan Amin juga telah mula menjauh dan meruncing.E-mel,telefon dan SMS dari Amin juga jarang dibalasnya.Pengaruh yang dibawa Aizat sudah menguasai kehidupan Ariff.

Dude,nak pergi mana malam ni?Dengar-dengar ada konsert Lady Gaga dekat town,turun jom?”Tanya Ariff kepada Aizat dengan harapannya agar dia turut serta.

Okey,aku join.”Jawab Aizat sambil tangannya tidak lekang menaip SMS kepada Camelia.

Jauh di benua lagi satu,kehidupan Amin penuh dengan pentarbiahan.Suasana Islamik yang diterapkan di UIAM sangat memberi kesan terhadap diri Amin .Dia kini menjadi seorang pemuda yang bukan sahaja penuh dengan ilmu perubatan, tetapi juga dengan ilmu agama.Usrah dan kelas-kelas agama tidak pernah ditinggalknnya.Usahanya untuk mencari ilmu agama sentiasa berterusan kerana dia merasakan kepentingan ilmu agama itu sebagai umat islam.Kehidupannya sangat jauh berbeza dengan Ariff,dari segi ilmunya,materialnya,walaupun Amin mendapat biasiswa penuh dari kerajaan,namun duit itu tidak pernah digunakannya untuk kepentingan selain perbelanjaan hariannya dan untuk kegunaan kuliahnya sahaja.

“Min,kau nak kemana tu?Lajunya jalan,tak nak join makan sekali ke?”Pelawa rakannya yang sedang duduk di kantin.

“Tak apalah,aku nak cepat,nak ke kafe internet.Ada hal sedikit.”Jawab Amin dari kejauhan.

Kelibat anak muda yang segak berkemeja memasuki kafe internet UIAM mencuri perhatian semua siswi-siswi disitu.Sebelum ini,telah ramai siswi yang menyatakan hajatnya mahu berkenalan dengan Amin,namun satu pun tidak layan kerana dia berpegang kepada kata kata Al-Farabi,”Cinta yang lazimnya ditujukan kepada pemuasan hawa nafsu semata,sebenarnya ialah cinta yang diilhamkan Tuhan untuk haiwan”.Cinta Amin hanya untuk Allah dan hanya untuk mendapat keredaan Allah.

Sebaik sahaja Amin selesai membayar duit di kaunter,dia mencari tempat untuk duduk dan lantas membuka e-melnya.Harapannya supaya ada khabar dari sahabat setianya Ariff,namun,hampa.Tiada sebarang berita diterimanya sejak sebulan lepas.Digagahkan tangannya untuk menulis kepada Ariff.

Kehadapan sahabatku Ariff,

Sudah agak lama agaknya e-mel saya tidak dibalas.Riff sibuk ke sampai tak sempat nak membalas e-mel Amin? Banyak perkara yang Amin nak ceritakan dekat Ariff,maklumlah dah tiga tahun tak jumpa kau kan Ariff.Apa-apa pun,Amin akan sentiasa doakan supaya Ariff sentiasa berjaya di dunia dan akhirat,dan selamat maju jaya di benua Amerika.Terima kasih kerana telah menjadi sahabat yang baik selama ini.Kalau balik ke Malaysia jangan lupa untuk hubungi aku ye Riff.Salam.

Sahabatmu,

Amin

25 Februari 2005,Malaysia.

Butang send ditekan sambil tangan Amin sentiasa berdoa agar Ariff membalasnya.

KEPULANGAN TERAKHIR

“Sir,would you like coffee or tea?”Tanya pramugari US Airlines kepada Ariff.

“Yes,coffee please.Thank you.”Balas Ariff sambil matanya meliar melihat tubuh molek pramugari itu.

Suasana di KLIA pada hari itu agak sesak,mungkin kerana banyak penerbangan ke Kuala Lumpur.Pesawat US Airlines,US 112 telah pun selamat mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.Terlihat kelibat seorang pemuda segak,berjaket kulit dan berkaca mata keluar dari balai ketibaan.

“Hi mom,hi dad!How are you?”Tanya Ariff.

“Baik,kami sihat,Ariff macam mana?Flight tadi macam mana,okey?”Tanya Puan Azizah dan Encik Zulhilmi kepada anak kesayangan mereka itu.

“Okey,everythings fine”Jawab Ariff.

Sudah hampir enam bulan Ariff pulang ke tanah air,namun tidak pernah sekali pun dikhabarkan kepada Amin.Kepulangannya sangat dinanti-nanti oleh Amin,namun,hanya selepas enam bulan Ariff pulang,baru Amin mengatahuinya.Kepulangan Ariff itu hanya diketahui selepas rakan Amin,Jusoh memberitahunya.Jusoh bekerja di Syarikat Kejuruteraan Mutiara bersama Ariff.Berkali-kali Amin cuba menghubungi Ariff namun tidak sekalipun Ariff menjawabnya.Akhirnya,setelah didesak oleh ibu bapanya,Ariff bersetuju untuk berjumpa dengan Amin.

Kelihatan seorang pemuda berkemeja putih duduk sambil menunggu sesorang di Restoran Seri Melayu,Jalan Conlay.Jamnya dikelih beberapa kali,kelihatannya seperti orange yang kehilangan anak.Mukanya amat runsing,mungkin kerana takut orang yang ditunggu-tunggunya tidak hadir.

Dari jauh,kelihatan seorang pemuda yang segak berkaca mata hitam keluar dari kereta Toyota Harrier miliknya.Langkahnya laju seperti orang yang sangat sibuk.

“Huh,kau nak apa jumpa aku,cepat sikit,aku banyak benda nak buat lagi ni.”Bentak Ariff.

Assalamualaikum Riff,kalau ye pun,duduk la dulu,minum apa?Aku belanja.”Jawab Amin sambil senyum gembira kerana rakannya yang telah hampir lima tahun terpisah berada di depannya sekarang.Ibarat satu mimpi yang nyata bagi Amin,telah sekian lama dia menantikan khabar berita dari rakannya itu.

“Tak payah,kalau kau tak ada apa-apa nak cakap,aku pergi dulu.”Marah Ariff.

“Erm,Riff,tunggu.....”Balas Amin,namun belum sempat dihabiskan ayatnya itu,Ariff sudah pun bangun menuju ke keretanya meninggalkan Amin berseorangan di situ.

Sudah hampir tiga jam Amin melelapkan matanya,tugasannya di hospital yang bertimbun membuatkan tidurnya menjadi sangat cepat,letak sahaja kepala di bantal,sudah terlena.

“Kring,kring,kring.”Bunyi telefon Amin.Dilihatnya di skrin,terpapar nombor Puan Azizah.Jam di tangannya menunjukkan jam empat pagi.

“Apa yang Puan Azizah nak pagi-pagi hari ni?”Hati kecil Amin bertanya.

Assalamualaikum,ye puan,ada apa ya pagi-pagi telefon saya?”Tanya Amin.

Waalaikummussalam Amin,minta maaf ganggu pagi-pagi hari ni,tapi aunty cuma nak bagitahu,Ariff,Ariff......”Jawab Puan Azizah dengan suara tangisan.

“Kenapa dengan Ariff aunty? Kenapa?”Balas Amin dengan desakan supaya Puan Azizah memberitahu dengan segera.

“Ariff,dia kemalangan.Dia....dia cedera teruk Amin.Dia sekarang dirawat di Hospital Pantai Cheras sekarang,Amin tolong aunty ye? Amin kan doktor?”Kata Puan Azizah dengan suara yang tersekat-sekat akibat tangisan.

“Maaf aunty tapi Amin tak boleh buat apa-apa,Amin cuma doktor pelatih.Macam ni aunty,Amin akan ke sana sekarang juga.Sementara itu,aunty berdoalah banyak-banyak,Allah akan tolong hamba-hambanya yang berdoa.”Jawab Amin.

Sebuah kereta Proton Wira meluncur laju memecah keheningan pagi bandaraya Kuala Lumpur.Setibanya di Hospital Pantai Cheras,Amin terus menuju ke wad kecemasan.Dinantinya sahabatnya itu dengan penuh tenang.Setelah hampir lima jam di dalam wad pembedahan,akhirnya Ariff sudah keluar.Namun,dia masih dalam keadaan koma,keadannya masih belum stabil.Pendarahan di dalam otaknya masih belum boleh dikeluarkan kerana bengkak di dalam kepalanya masih belum surut.Ariff ditempatkan di wad rawatan rapi untuk pantauan selanjutnya.

Saban hari yang menjadi teman setianya hanya Amin.Usai sahaja kerjanya di hospital,terus dia menuju ke Hospital Pantai Cheras untuk bertemu Ariff.Setiap hari,dibacakan doa dan Yassin kepada Ariff.Tiada istilah jemu bagi Amin.Hari-harinya hanya penuh pengharapan supaya Ariff dapat sedarkan diri semula.

“Doktor,patient dah buka mata,respon juga positif.”Teriak jururawat dari dalam wad.

“Biar saya lihat.”Jawab doktor.

Setelah hampir dua minggu Ariff terlantar,akhirnya dia sudah mula menyedarkan diri.

“Saya selalu terdengar bacaan Al-Quran sepanjang saya koma,siapa yang bacakan kepada saya setiap hari.”Tanya Ariff penuh kehairanan kepada jururawat dan doktor.

“Owh,kawan Encik Ariff,namanya Amin.Hari-hari dia datang melawat doktor dan mendoakan doktor.Setiap hari juga dibacakan Yassin kepada Encik Ariff.”Jawab jururawat itu.

Ariff merasa kesal kerana sahabat yang dibuangnya suatu masa dahulu adalah satu-satunya sahabat yang menemaninya di waktu hidupnya bagai telur dihujung tanduk.

“Min,aku minta maaf dekat engkau,aku berdosa dengan engkau.Aku buang engkau jauh-jauh dan aku tak pedulikan engkau lepas aku sambung belajar dekat oversea dulu.Aku terlalu terpengaruh dengan keadaan disana sampai aku lupa agama aku,aku lupa ibu ayah aku,aku lupa sahabat baik aku.”Luah Ariff sambil tangisannya mencurah-curah jatuh membasahi pipi.

“Ya Allah,engkau tak bersalah apa-apa pun dengan aku Riff,aku dah lama maafkan engkau.Aku bersyukur engkau masih selamat lagi Riff.Ingat Riff,belum terlambat lagi untuk kita bertaubat.Allah masih beri engkau peluang untuk hidup,ertinya Allah masih sayangkan engkau dan dia nak engkau bertaubat.Ingat,Allah tu maha pengasih lagi maha penyayang.”Balas Amin sambil matanya menatap wajah rakannya yang sayu itu.

“Aku ingatkan Aizat tu sahabat sejati aku dekat US,tapi rupanya bukan.Sebab dialah aku jadi macam ni,sebab dialah aku jadi ingkar kepada agama.”Luah Ariff lagi.

“Bukan sebab Aizat kau jadi macam ni Riff,tapi sebab syaitan.Aizat tu sebagai wasilahnya sahaja.Allah dah berfirman dalam Surah Al-A’raf,”kemudian pasti akan aku mendatangi meraka dari depan,dari belakang,dari kanan,dan dari kiri mereka”.”Dan engkau tidak akan mendapati kebanyakan mereka bersyukur.”Allah kata,syaitan akan mendatangi kita dari segenap arah,kita yang harus kuat dan harus menjadi orang yang sentiasa bersyukur untuk menjauh dari pengaruh syaitan ini.Musuhnya yang nyata ialah syaitan,bukan Aizat.”Balas Amin dengan nada suara yang lembut dan berhikmah.

Sudah hampir sebulan Ariff dibenarkan keluar wad.Hidupnya diteruskan seperti biasa Cuma dia harus ke hospital setiap bulan untuk pemeriksaan lanjutan.Dalam masa sebulan itu juga digunakan sepenuhnya oleh Ariff untuk membaiki semula hubungannya dengan Amin dan juga untuk menuntut ilmu agama dari Amin.Hubungan mereka semakin hari bertambah baik,seperti pertemuan pertama mereka sewaktu di tingkatan satu dahulu.

Suasana di Hospital Pantai Cheras menjadi kecoh sebentar.Seorang pesakit dimasukkan ke hospital setelah pengsan secara tiba-tiba.Pelbagai usaha dilakukan oleh pihak doktor untuk menyelamatkannya.Akhirnya pada tanggal 17 September 2007 jam 2.00 petang pesakit itu disahkan meninggal dunia.

Tanah perkuburan Kajang sesak dipenuhi sanak saudara dan sahabat handai si mati.Setelah talkin dibaca,sanak saudara dan sahabat handai pulang dan mengundur diri dari tanah perkuburan.

“Amin,ni ada surat untuk Amin,dari Ariff.”Kata Puan Azizah sambil menghulurkan sepucuk surat itu.

“Terima kasih aunty.”Balas Amin.

Dibukanya surat itu dengan perlahan sambil menatap isi kandungannya.

Kehadapan sahabat dunia akhiratku Amin Taqiuddin,

Assalamualaikum Amin.Harapnya Amin sihat selalu.Mungkin kau tertanya-tanya kenapa aku tulis surat ni kepada kau kan?Jujurnya,aku rasa sangat bersalah apabila meninggalkan kau terkapai-kapai tanpa khabar sewaktu aku di Amerika dahulu.Anggaplah surat ini sebagai pembalasan terhadap semua e-mel yang pernah kau hantar kepada aku dulu.Sesungguhnya,pertemuan pertama kita sangat membuka lembaran hidup baru dalam kamus hidup aku.Buat pertama kalinya aku dapat rakan yang sebaik engkau Amin,yang hidup di kampung,sederhana dan banyak membantu aku.Hampir semua perkara yang aku nak buat aku akan rujuk kau.Senang kata,kau la tempat aku mengadu,kawan senang dan kawan susah.Aku minta maaf,lepas aku pergi ke Amerika,aku banyak berubah.Namun,kautetap setia menunggu aku.Kau sanggup terima aku walaupun perangai aku dah tak macam dulu lagi.Kau banyak bersabar Amin,aku tak pernah jumpa sahabat sehebat engkau.Doa engkau takpernah putus buat aku,tapi,akutak pernah mendoakan hidup engkau.Agaknya sebab itulah akudapat kecelekaan,sebab tak menghargai kasih sayang seorang sahabat.

Amin,

Terima kasih kerana menerima aku kembali dalam kehidupanmu.Terima kasih sebab kau dah kembalikan aku kejalan yang benar di saat-saat akhir hidup ini.Sungguh,budi kau aku tak mampu nak balas.Hanya Allah yang mampu membalas jasa kau Min.Aku harap,doa kau buat aku takkkan terputus.Terima kasih sebab sentiasa mendoakan kesejahteraan aku,aku harap,kau boleh mendoakan kesejahteraan aku di akhirat pula selepas ini.Sungguh,aku teringat akan hadis nabi yang berbunyi “Jika kita mahu melihat sesorang itu,lihatlah kepada kawannya”.Aku harap,orang melihat aku selepas ini sementelah melihat perwatakan dan kebaikan engkau.Aku tidak mampu menjadi sehebat kau Min,tapi,aku nak orang lihat aku seperti mana mereka lihat kau Min.Alhamdulillah,di pengakhiran hidupku,orang mampu melihat aku sebegitu,semuanya terima kasih kepada kau Min.

Untuik makluman kau,lepas kemalangan yang hampir meragut nyawa aku dulu,doktor sahkan pendarahan dalam otak aku tak boleh dikeluarkan.Aku minta maaf sekali lagi kerana aku terpaksa merahsiakan hal ini dari engkau sebab aku tak nak engkau bersedih bila aku tiada di dunia ini lagi.Saluran darah otak aku semakin mengecil setiap hari,sebab tu aku selalu pengsan.Aku tahu kau perasaan,tapi untuk sedapkan hati kau aku cakap sebab aku letih,supaya kau tak syak sesuatu.Aku minta maaf sekali lagi,sebab aku tak sanggup nak lukakan hati kau dengan berita pemergian aku.Amin,terima kasih kerana sudi menjadi sahabat aku dan sudi menerima kelemahan aku serta membetulkan semula pegangan agama aku.Hanya Allah yang mampu membalasnya dan aku harap kita akan bertemu di jannah nanti.Aku sayang kau kerana Allah dan aku akan sentiasa rindukan kau.

Salam sayang dari sahabatmu yang serba lemah ini.

Muhammad Ariffuddin Bin Zulhilmi.

7 September 2007.

Amin tertunduk membaca surat itu sambil mengalirkan mutiara jernih diatas pusara Ariff.

“Terima kasih Ariff kerana sudi menjadi sahabat buat diri yang lemah ini.”Hati Amin berbicara dengan lemah sekali.

Dikuatkan langkah kakinya meninggalkan pusara Ariff dengan harapan Ariff tenang di alam barzakh sana.

HAKCIPTA TERPELIHARA

FARHANA RAZALI HOOBAE,

23 MAC 2012,3.22 A.M,NASR CITY EGYPT.




Monday, January 3, 2011

SALAH SIAPA MASA TAK CUKUP????


Salam,entry kali ini bersempena fatrah imtihan.Kalau ckp je tentang imtihan atau kalau dalam BMnya ialah periksa,mesti semua kalut tentang waktu atau pengurusan masa.Mulalah terdengar perkataan tak cukup waktu dan sebagainya.

Persoalan utamanya ialah,tak cukup waktu tu salah siapa erk???Salah sbb memang waktu tu tak cukup ke,mungkin perlu dilanjutkan waktu itu jadi 30 jam sehari ke???

Atau,mungkin juga salah orang sekeliling kerana mereka suruh buat itu ini sampai tak cukup waktu atau pernah kita salahkan diri sendiri kenapa waktu tak cukup???

Dalam ayat Al-Quran telah dinyatakan,di dalam surah Al-Asr,"DEMI WAKTU,SESUNGGUHNYA MANUSIA DALAM KERUGIAN.....".Terang-terang Allah telah nyatakan betapa manusia itu boleh kerugian hanya kerana waktu.

Dalam pepatah Arab sendiri ada mengatakan,waktu ibarat pedang,jika kita tidak memotongnya maka,waktu itu yang akan memotong kita.Sangat halus makna pepatah ini,tetapi,amatlah benar kerana waktu jika kita tidak menjaganya maka,bila-bila masa sahaja dia boleh memotong kita dan apabila ini terjadi,maka,kitalah golongan manusia yang paling kerugian.

Hatta,dalam BAHASA MALAYSIA sendiri,ada pepatah mengatakan bahawa "MASA IBARAT EMAS",emas adalah sesuatu yang berharga bagi setiap individu,maka,lihat betapa pentingnya masa itu sampai dibandingkan dengan emas,malaham,masa adalah lebih penting dari emas kerana sekurang-kurangnya emas itu ada nilai,tapi,masa tiada nilainya,malahan,saya boleh terbitkan peribahasa baru iaitu 'MASA IBARAT NYAWA' yang saya rasakan lebih bertepatan.

Masa itu perlu kita jaga seperti nyawa kita kerana bila masa waktu itu telah berlalu,tiada istilah putar balik masa atau "BACK TO THE FUTURE".Jadi,berbalik kepada persoalan utama tadi,salah siapa masa tidak cukup???

Allah telah mengurniakan setiap hambanya dengan masa yang cukup,setiap seorang dapat 24 jam sehari,7 hari seminggu,4 minggu sebulan,12 bulan setahun dan paling penting 365 hari setahun.Jadi,salah siapa kalau masa tidak cukup???.Tak boleh nak salahkan sesiapa sebab semuanya mempunyai masa yang sama,tidak lebih, tidak kurang.Tak pernah pula saya mendengar kisah,seorang mendapat masa 24 jam sehari manakala seorang lagi dapat 30 jam sehari.Kalau ada,saya kena siasat la pulak.Jawapannya senang sahaja,salahkan DIRI ANDA SENDIRI kalau masa anda tidak mencukupi.Masa telah diberikan oleh Allah dengan secukupya,maka,anda sendiri yang mencorakkan pengurusan masa anda.TIDAK ADA KAITAN DENGAN ORANG LAIN.

Jadi,disebabkan itu,pengurusan masa amat penting,kerana,melalui pengurusan masa yang betul,masa yang kita ada itu akan digunakan secara berhemah dan efektif.

Berikut merupakan sedikit tips yang boleh dipraktikkan untuk pengurusan masa yang efektif:


1.SEDIAKAN JADUAL WAKTU.MELALUI CARA INI,ANDA AKAN MENDAPAT WAKTU YANG TERATUR DAN JADUAL HIDUP ANDA AKAN TERANCANG.

2.KLASIFIKASIKAN PERKARA YANG ANDA MAHU LAKUKAN KEPADA BAHAGIAN TERTENTU SEPERTI "URGENT AND IMPORTANT","IMPORTANT","URGENT" DAN "NOT IMPORTANT".

3.SAMBIL MENYELAM MINUM AIR,LAKUKAN PERKARA YANG BOLEH DIBUAT SEKALIGUS BAGI MENJIMATKAN MASA.

Apa yang dapat saya kongsikan di sini ialah,pengurusan masa itu sememangnya amat sukar untuk dilaksanakan,apatah lagi jika kita mahu mengimbangkan antara perkara akhirat dan duniawi,namun harus kita ingat,SOLAT merupakan contoh terbaik yang boleh umat islam sekalian jadikan contoh.Melalui solat,kita dapat meguruskan waktu dengan baik kerana Allah telah menetapkan waktu dalam setiap solat fardu dan disiplin empunya diri itu adalah untuk mematuhinya.Lihatlah betapa pentingnya perana SOLAT dalam pengurusan masa umat islam.

Tinta kali ini adalah peringatan buat diri sendiri dan rakan-rakan sekalian sekaligus,selamat menempuhi imtihan,ingatlah usaha harus diiringi dengan DOA DAN TAWAKAL.

SELAMAT MENEMPUHI IMTIHAN DAN SEMOGA KEJAYAAN MENJADI MILIK SEMUA DAN INGATLAH,KEGAGALAN BUKAN SESUATU YANG MUTLAK DAN IANYA MERUPAKAN UJIAN DARI ALLAH BAGI HAMBA-HAMBANYA YANG BERSABAR!!!

Friday, December 24, 2010

KENAPA FOBIA DENGAN BAIT MUSLIM???


Salam,terlintas untuk menulis entry kali ini kerana baru menghabiskan sedikit masa menonton "KETIKA CINTA BERTASBIH" bersiri punya ye!Sewaktu menonton cerita tu,teringat pulak tentang rakan-rakan,semua mesti menggelupur tengok KHAIRUL AZAM tu,maklumlah,AZAM tu cukup sifat sebagai suami yang soleh la katakan.Jadi,mula semua pasang impian nak suami macam AZAM tu,maka,buka lagi topik perkahwinan.Kalau dah buka topik kahwin,pasti tak,BAIT MUSLIM mesti menjadi salah satu tajuk perbincangan,lagi-lagi sejak PERUBATAN meluluskan usul bagi semua ahli PERUBATAN untuk mengisi borang BAIT MUSLIM.Namun,di sebalik semua itu,masih ada segelintir dari kami yang fobia bila mendengar perkataan BAIT MUSLIM itu.Jadi,saya mungkin ada jawapan kepada mengapa ada yang masih fobia dengan BAIT MUSLIM.

Kenapa ada antara mereka yang fobia dengan BAIT MUSLIM???

Saya dahulu pun fobia kalau sebut tentang BAIT MUSLIM,faktor saya fobia mendengar BAIT MUSLIM ialah:

1.Kalau dulu ingat sebut BAIT MUSLIM je nak suruh kahwin.
2.Saya belum bersedia mahu berkahwin.
3.Saya masih belum cukup matang untuk fikir tentang hal-hal perkahwinan ini.

Semua itu merupakan antara faktor mengapa saya fobia mendengar perkataan BAIT MUSLIM,namun,sebenarnya kita tak perlu fobia dengan BAIT MUSLIM,atau saya ringkaskan BM ini.Mengisi borang BM bukan bermaksud kita perlu berkahwin segera.Kita boleh memilih,sama ada untuk memproses borang dengan segera atau ditangguhkan.Ramai masih tidak faham mengapa sesetengah pihak menggalakkan pengisian borang BM ini.Antara faktornya ialah:

1.Memudahkan pengumpulan data-data ahli.Seperti contoh,jika ada yang mahu mengkhitbah,maka,pihak BM boleh mengenal pasti bahawa seseorang itu sudah dimiliki atau belum.
2.Menjaga kesucian Islam itu sendiri,garis dan jalan yang digunakan BM ini adalah selaras dengan syarak,maka,segala jenis masala sosial seperti bercinta sebelum berkahwin ini dapat dielakkan.
3.Menjadi wadah bagi membina keluarga sakinah.Keluarga sakinah bermula dari perkahwinan yang diredhai oleh Allah dan ibu bapa.Maka,BM membantu untuk membina keluarga sakinah ini dengan mengenalkan pasangan melalui cara Islam.

Pendek kata,tak perlu fobia dengan BM ini sebab ia bukan sesuatu yang buruk,malahan,ia adalah satu cara bagi membina keluarga yang berlandaskan syariah Islam.

Agak-agak,masalah sosial seperti bercinta sebelum berkahwin(couple) akan berkurang kalau semua berfikiran mahu mencari jodoh melalui BM??Fikirlah sendiri dan jawapannya ada pada anda.


Dijadikan indah pada (pandangan) manusia kecintaan kepada apa-apa yang diingini, yaitu: wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak dari jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang-binatang ternak dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia dan di sisi Allah-lah tempat kembali yang baik (syurga).(3:14)

Entry kali ini hanya untuk menjawab persoalan orang-orang di luar tentang BAIT MUSLIM,ini hanya pandangan saya,jika mahu maklumat lanjut boleh GOOGLE di laman web.Sekian,terima kasih.



Sunday, December 19, 2010

nak seribu daya,tak nak tak perlulah berdalih-dalih!!!!


Salam dari Mesir.Terlintas di hati saya nak menulis tentang sifat manusia yang suka berdalih-dalih ni.Bukan apa,cumanya satu kejadian telah berlaku di dalam kuliah saya yang menyebabkan semua jadi tak keruan.Ceritanya bermula begini,telah saya katakan dahulu bahawa saya mengambil kursus perubatan di universiti Al-Azhar,dan,saya juga telah menerangkan betapa terperincinya silibus pelajaran saya.Bagi yang tidak mengetahui,saya ulang semula,sistem Azhar mewajibkan pelajar perubatan mengambil mata pelajaran agama.Makanya,jodoh saya untuk dipertemukan semula dengan subjek balaghah,adab dan tafsir semula setelah hampir setahun meninggalkan mata pelajaran ini sewaktu zaman sekolah dahulu.Tidak saya nafikan bahawa mata pelajaran ini bukan sesuatu yang mudah terutama bagi mereka yang tidak pernah mengambil mata pelajaran bahasa arab sewaktu di sekolah dahulu.Saya sendiri pun masih mengalami kesukaran untuk mempelajari pelajaran ini kerana tahapnya terlalu tinggi,kitab yang kami pelajari merupakan kitab bagi pelajar tahun 4 kuliah syariah.Mendengar kepada perkara itu,mesti anda terfikir bagaimana kami mempelajari mata pelajaran ini sedangkan asas bagi bahasa arab pun ada sebahagian daripada kami yang tiada.Mustahil bagi kami untuk mempelajarinya bukan?.Maka,telah timbul rasa sedikit tidak puas hati di kalangan mereka-mereka yang tidak mempelajari bahasa arab kerana mereka tidak faham,dan ingin saya nyatakan bahawa kami tidak boleh naik ke tahun berikutnya jika tidak lulus SATU subjek wakaupun subjek agama.Jadi,mereka berasa gusar kerana takut jika hal ini akan mengakibatkan mereka tidak dapat naik tahun.Maka,kami mengemukakan pelbagai cadangan supaya mata pelajaran ini dapat dipelajari dengan mudah.Antara cadangannya ialah,

1.MEMPELAJARI MATA PELAJARAN ITU DI DALAM BAHASA INGGERIS DAN PERIKSA DI DALAM BAHASA ARAB.(*syarat ditetapkan,bermakna,jika tidak lulus satu kertas maka tidak boleh naik tahun)

2.MEMPELAJARI BAHASA ARAB YANG ASAS.(*bermakna tiada balaghah,adab dan tafsir)

Seterusnya bermacam lagi cadangan yang dikemukakan.Persoalan saya di sini,Azhar telah menetapkan silibus sebegitu kerana Azhar mempunya polisinya,maka,jika kita cuba merubahnya,bermakna kita juga cuba merubah polisi yang telah ditetapkan Azhar,adakah wajar perkara itu berlaku?.Bukan tidak mahu membela rakan-rakan yang mengalami kesusahan memahami pelajaran ini,tetapi,saya rasakan banyak lagi cara bleh dilakukan untuk mempelajari subjek ini tanpa perlu merubah polisi yang telah Azhar tetapkan.Secara jujurnya,saya sendiri mengalami permasalahan memahami pelajaran ini,tetapi,kita perlulah mencari inisiatif bagi mengatasi masalah ini.Masalah tidak akan selesai jika kita hanya mampu berkata-kata tapi tidak melaksanakannya.

Ilmu itu milik Allah,jika kita ikhlas menuntutnya,maka,Insyaallah,jalan untuk memahami ilmu itu mudah,walaupun kita mengalami kesukaran di awalnya namun,di akhirnya,segala kesukaran itu akan terbalas kerana kita ikhlas menuntut ilmu,lagikan ilmu Allah.Allah itu maha mengetahui setiap yang hambanya rasakan,maka,mohonlah kepada Allah jika kita menghadapi kesukaran memahami sesuatu.Bagi saya,tiada salahnya mengorbankan secebis masa anda semua untuk ke kelas bahasa arab,di Mesir ini,jalannya begitu mudah,ramai ahli-ahli agama dan mereka yang memang pakar dalam bidang bahasa arab ini,maka,gunakanlah peluang yang ada.Sesungguhnya,amatlah rugi bagi mereka yang mempunya peluang tetapi mensia-siakannya.
Cukup sekadar 2 jam seminggu untuk kita mempelajarinya,begitu susahkah kita mahu mengorbankan masa 2 jam itu?.Saya tinggalkan persoalan itu kepada anda.Sesungguhnya Allah berfirman,demi masa,sesungguhnya manusia di dalam kerugian,melainkan mereka yang mengajak ke arah kebenaran dan kesabaran.Masa ini ibarat nadi kita,kita sendiri yang mencorakkan hidup kita dengan pengurusan masa yang betul.Maka,jangan salahkan orang lain jika kita mendapati masa kita tidak cukup,kerana Allah telah memberikan umatnya 24 jam sehari,7 hari seminggu,30 hari sebulan dan 365 hari setahun,maka,corakkanlah masa anda dengan sebaik-baiknya.

Jesteru,bagi saya,kesusahan mempelajari bahasa arab itu hanya sekadar dalih bagi mereka untuk tidak mempelajarinya.Apa salahnya mempelajari ilmu itu,alang-alang sudah ke Azhar,maka,gunakanlah peluang yang ada untuk kita mempelajari ilmu yang baru itu.Balaghah itu sangat indah,bahasanya sangat halus dan ayat-ayat al-quran sendiri mempunyai balaghah,maka,tidakkah kita rasa rugi jika tidak mempelajarinya?.Bagi saya sendiri,dengan mempelajari ilmu-ilmu ini,kita bukan sahaja dapat mempelajari ilmu Allah tetapi juga kita dapat merasakan diri kita dekat dengan Allah kerana semua ilmu ini adalah ilmu yang berkaitan dengan asas-asas Islam,tentang keindahan akhlak,tentang kejahilan dan sebagainya.

Akhir tinta dari saya,sebagaimana pentingnya subjek medikal itu sebagai pelajar medik,sama pentingnya juga subjek agama itu.Jadi,jangan menganak tirikan subjek agama itu kerana itu juga merupakan satu ilmu,malahan,ilmu agama itu adalah lagi penting kerana asal-usul sesebuah tamadun itu adalah melalui agama,maka,subjek agama itu sewajarnya tidak dipandang rendah.Kepada rakan-rakan,tiada niat mahu menyalahkan sesiapa di dalam situasi ini,cuma sekadar memberi peringatan tentang kepentingan subjek agama ini.Sebagai pelajar,kita seharusnya mancari jalan untuk dekat kepada ilmu,bukan ilmu itu yang datang mencari kita.Jesteru,carilah inisiatif untuk mempelajari ilmu balaghah,adab dan tafsir itu,peluangnya banyak,cuma,anda sendiri yang mampu membuat keputusan dan pilihan mahu mencarinya atau tidak.Ingat,nak seribu daya,tak nak,anda tidak perlulah berdalih-dalih kerana sifat berdalih-dalih ini tidak disukai Allah.Jika kita tidak mahu,maka,katakan sahaja tidak tetapi ingatlah,kita hanya perlu katakan tidak pada perkara yang memudaratkan dan tidak bermanfaat sahaja,bukan untuk perkara kebaikan.

SALAM PERINGATAN BUAT SEMUA,USAHA SELAGI MANA ANDA MAMPU!

Friday, December 17, 2010

Doktor dan profesional juga pendakwah!!!






Salam,tentang entry kali ini terlintas di fikiran mahu post tentang peranan DOKTOR dalam berdakwah.Mungkin ramai yang tidak tahu,peranan dakwah itu bukan terletak pada golongan Ahli Agama sahaja tetapi ia mencakupi segenap masyarakat ISLAM.Ya,saya ulangi lagi,SEGENAP MASYARAKAT ISLAM.

Namun,tidak ramai antara golongan profesional(spt doktor,jurutera,srkitek dan sbg.) menyedari hakikat ini.Malahan,saya juga mengakui tidak mengetahui perihal ini.Dahulunya,saya fikir bahawa tugas menyebar dakwah ini terletak di bahu Ahli Agama,namun,penghijrahan saya ke bumi Mesir ini telah membuka mata saya.Persepsi,tugas berdakwah itu terletak di bahu Ahli Agama itu adalah kurang betul,tetapi,tugas itu menjadi kewajipan semua makhluk Allah,dalam konteks ini ialah ORANG ISLAM.Selagi mana anda bergelar seorang muslimin dan muslimat,maka,anda juga turut serta dalam tugasan yang telah ditaklifkan oleh Allah ini.Namun.pendekatan atau mediumnya mungkin berbeza mengikut bidang masing2.Doktor dengan caranya,Ahli Agama dengan caranya,Jurutera juga mempunyai mediumnya yang tersendiri juga.

Contoh paling mudah,jika Ahli Agama caranya pasti adalah dengan mengadakan ceramah atau kelas-kelas agama.Mereka merupakan pakar dalam bidang agama itu sendiri,jesteru,caranya adalah begitu.Sebaliknya bagi doktor pula,mungkin caranya berbeza.Jika Ahli Agama,caranya seperti berceramah atau bersyarah,maka,doktor pendekatannnya sedikit berbeza.Seperti contoh,jika pesakit datang ke klinik,para doktor ini mungkin boleh berdakwah dengan cara yang halus seperti katakan pada pesakit bahawa ubat yang dimakan ini bukan sebab mengapa anda sembuh tetapi Allah adalah sebab yang sebenar-benarnya,nampak penyelitan agama islam di dalam situasi itu.Pesakit itu pastinya akan berfikir semula,ubat itu cuma perantara bagi Allah ntuk menyembuhkan penyakitnya,bukan ubat itu yang menyembuhkannya,tetapi,Allah .Pernah saya terdengar sebuah kisah,seorang Mashaikh hebat di Mesir,SHEIKH YUSRI,beliau merupakan pakar bedah yang unggul dan juga seorang sheikh,malahan,beliau merupakan seorang yang buta.Lihatlah,betapa hebatnya beliau,betapa beliau mampu menjadi yang seorang yang seimbang dunia dan akhiratnya.Ceritanya seperti ini,satu hari,ada seorang pesakit perempuan yang tua datang bertemu beliau.Si pesakit itu mengadu bahawa beliau mempunyai penyakit di kaki.Maka,Sheikh itu pun bertanya kepada perempuan tua itu,adakah anda selalu beristiqamah dalam melakukan sesuatu,si perempuan tua itu pun menjawab,dia selalu bersedekah.Kemudian,sheikh itu bertanya lagi,adakah dia masih melakukan perkara itu sekarang,si perempuan tua itu menjawab semula,tidak,saya sudah lama tidak bersedekah.Lalu,sheikh menyuruhnya pulang ke rumah dan teruskan semula amalan yang sering dilakukannya iaitu bersedekah dan datang berjumpanya seminggu kemudian.Setelah semingu berlalu,maka,datanglah si perempuan tua itu dan berjumpalah dia dengan sheikh.Ajaibnya,sakitnya itu telah hilang tanpa sebarang perskripsi ubat dari sheikh.Apa yang ingin saya kongsikan di sini,penyakit itu adalah daripada Allah,maka,kepada Allah la kita akan bergantung semula,bukannya dengan ubat yang hanya buatan manusia.Harap maklum,bukan saya mahu kata ubat itu tidak baik,namun,cuba kita fikirkan,kadang-kadang kita makan ubat sampai berhabisan wang ringgit,tapi,pernah terlintas di hati kita bahawasanya Allah itu lagi maha hebat,mengapa kita tidak bergantung kepadanya supaya menyembuhkan kita?.Kenapa harus pergantungan itu kepada ubat sahaja?.Kenapa tidak pada kedua-duanya sekali?.Nampakkah kalian di situ,penerapan nilai islam yang boleh di bawa terutamanya oleh doktor,pesakit hanya mempercayai doktor,jika doktor itu menipu sekalipun,mereka tetap percaya kerana apa yang mereka mahukan ialah kesihatan,tetapi,mengapa kebanyakan doktor tidak pernah memberitahu pesakit,'Mak Cik,makan ubat sahaja tak cukup,yang penting,berdoa kepada Allah supaya beri kesembuhan dan Mak Cik kena ingat,yang memberi ubat ini saya tetapi yang memberi kesihatan itu ialah Allah",pernah anda jumpa doktor-doktor sebegini???
FIKIRKANLAH,siapa kata doktor juga tidak boleh berdakwah?

Kisah ini hanya untuk dikongsi oleh semua.Terpulang pada anda untuk memikirkan,siapa yang selayaknya menyampaikan dakwah ini.Jika anda merasakan golongan profesional tidak layak menyampaikan dakwah,fikirkan semula.Insyaallah,mungkin saya akan cerita sikit tentang golongan-golongan profesional yang lain pada entry berikutnya.

INGATLAH WAHAI SAHABATKU DAN SEMUA UMAT ISLAM,SIAPA PUN ANDA,KITA SEMUA MERUPAKAN PARA DA'IE DAN TUGAS MENYEBARKAN DAKWAH ITU JUGA TANGGUNGJAWAB KITA.RASUL PERNAH BERSABDA,SAMPAIKANLAH WALAU SEPATAH AYAT.WALAUPUN SEPATAH AYAT,ITU DIKIRA KITA BERDAKWAH JUGA.

Wednesday, December 15, 2010

APA ADA DENGAN UNIVERSITI AL-AZHAR!





Al-Azhar,sebuah Universiti yang berprestij di dunia dan Universiti yang tertua di dunia juga.Mesti ramai yang beranggapan bahawa kalau belajar di Al-Azhar,mesti ambil pengajian islam,bukan sahaja orang ramai tapi senang cerita,saya sendiri pun beranggapan begitu.Sebelum saya bercerita lebih lanjut tentang APA ADA DENGAN UNIVERSITI AL-AZHAR,terlebih dahulu marilah kita kenali dulu Universiti yang telah melahirkan ramai para ulama' ini.

Mengikut maklumat yang saya perolehi dari internet.Al-Azhar ini,bagi yang kurang mengetahui pertamanya terletak di Kahereah,Mesir.Bumi para nabi juga.Diasaskan pada 970-972AD(masihi).Tujuan asas pembinaanya ialah untuk melahirkan pelajar yang berasakan Islam atau dalam bahasa yang mudahnya pelajar yang bertunjangkan agama.Walaubagaimanapun,tujuan utamanya ialah untuk melahirkan para ulama'.Penggunaan nama Al-Azhar asalnya daripada singkatan atau panggilan nama anak Nabi Muhammad S.A.W,Fatimah yang digelar Az-Zahra.Itulah asal usul pembentukan Al-Azhar,kemudiannya,pada tahun 1961,Al-Azhar telah diletakkan di bawah pentadbiran kerajaan Mesir pada waktu itu di bawah pemerintahan Gamal Abdel Nasser.Sejak daripada itu,pelbagai bidang baru seperti ekonomi,perubatan,pergigian dan sebagainya telah di perkenalkan selain daripada mata pelajaran agama sahaja.Walaubagaimnapun.mata pelajaran agama tetap wajib walaupun bagi pelajar bidang selain bidang agama.Mungkin cukup sekadar itu pengenalan tentang Al-Azhar yang mampu saya berikan,kalau nak tahu lebih lanjut,rajin-rajinkan diri anda untuk mengGOOGLE maklumat tentang Al-Azhar ini.

Berbalik kepada entry blog kali ini,ADA APA DENGAN AL-AZHAR.Jawapan saya mudah,macam-macam ada,ibarat pepatah ASTRO.Kalau dulu cakap Azhar semua mesti akan ingat ambik Agama,senang cter kalau kata belajar dekat Azhar balik jadi pak ustaz or ustazah2 la katakan.Tapi,ramai yang tak tahu sebenarnya,ada je pengajian PERUBATAN di Azhar dan ada juga pelajar2 Malaysia yang ambil PERUBATAN di Azhar.Tapi,apa bezanya antara PERUBATAN AZHAR dan PERUBATAN LAIN DI MESIR ATAU DI MANA2 SEKALIPUN???
Ingin saya nyatakan di sini,perbezaan antara Azhar dan Universiti lain(yang dimaksudkan ialah Perubatan).Pertamanya,kami mempunyai pelajaran agama dan di wajibkan untuk mengahafal 1 juzu' al-quran setiap tahun.Bukan niat nak bangga,tak terlintas langsung nak bangga sebab kami dapat kemudahan untuk belajar mata pelajaran agama islam,sebaliknya,timbul perasaan insaf,malu dan berhati-hati.Mengapa saya berkata begitu kerana timbul perasaan insaf adalah hasil dari pembelajaran al-quran yang agak mendalam,bermakna kami mempelajari al-quran dan memahaminya serta mentadabbur ayat2nya,maka,dari situ timbulnya rasa malu.Hal ini adalah kerana,malulah kami jika kami tidak mengamalknnya dan tidak menjaganya.Hal ini ibarat kami tidak menjaga kesucian al-quran itu sendiri,walaubagaimanapun,kami adalah manusia biasa yang kadang kala ada masanya kami tersasar dari landasan yang telah pun ditetapkan.Maka,jangan pandang kami dengan pandangan yang sinis jika kami kelihatan agak tidak membawa imej seperti seorang huffaz(seseorang yang menghafal al-quran),kami semua masih dalam proses itu.Perjalanannya baru bermula,di dalam perjalanan itu kami memerlukan sokongan dari sekalian pihak supaya boleh mencapai tahap yang sebenar-benarnya yang dikehendaki oleh agama.Peringatan buat diri sendiri juga kerana saya juga merupakan pelajar Universiti Azhar juga.Kepada pelajar2 perubatan Universiti lain,kami tidak sesekali pernah memandang rendah anda walaupun anda tidak mengambil subjek agama,malahan,kami menyanjung tinggi anda semua kerana anda ialah "CREAM OF THE CREAM".Cumanya,mahu saya katakan di sini,misi kita adalah satu iaitu berbakti untuk agama dan negara,jesteru,dari Universiti mana sekalipun kita,kita seharusnya bersatu.Bagi pelajar perubatan di Mesir,mereka lebih tahu perihal ini.

Lagi,apa ada dengan Al-Azhar?.Mungkin ramai yang tidak mengetahui bahawasanya Al-Azhar merupakan antara Universiti yang terkaya di dunia,malahan,kerajaan Mesir sendiri berhutang dengan Al-Azhar.Lihatlah betapa kayanya Universiti ini.Kalau dilihat dari segi keluasan Universitinya,anda pasti akan terkejut.Oleh kerana fakulti LELAKI dan PEREMPUAN diasingkan,maka,jika dikumpul jumlah keluasan Universiti ini,maka,saya rasa anda sendiri akan terkejut dengan keluasannya.Oleh kerana saya merupakan pelajar Azhar,maka,timbul perasaan tidak sedap hati apabila senantiasa mendengar perkhabaran yang kurang baik tentang Universiti Azhar.Telinga saya sentiasa dibasahi dengan komen2 seperti,Fakulti Medik Azhar tu buruk la,kelengkapan tak cukup dan sebagainya yang agak kurang postif.Ingin saya nyatakan di sini, jika kita membezakan Universiti Azhar dengan Universiti2 di Malaysia makanya sudah pasti kekalahan jatuh ke tangan Azhar kerana hal ini ibarat langit dan bumi.Kemudahan di Malaysia jauh berkali ganda lebih baik,dan,saya sendiri tidak dapat menafikan hal itu.Tetapi,bagi saya,apa yang penting ialah selagi keadaan masih elok dan mencukupi,tidak perlu terlalu mewah,maka,itu sudah dikira bagus.Sebagai makhluk Allah yang diciptakan untuk sentiasa bersyukur,saya rasa,rungutan itu adalah sesuatu yang tidak perlu.Sedangkan Allah sendiri menyuruh umatnya untuk bersederhana,maka,kita sebagai umatnya haruslah patuh dan taat kepada perintahnya.Ingatlah,di mana sekalipun kita belajar,hatta,di tengah padang pasir sekalipun,bukan materialnya yang kita mahukan tetapi ilmunya,bukan sekadar ilmu yang biasa biasa sahaja tetapi ilmu dengan berkatnya sekali.

Ilmu itu bergantung pada pengajarnya.Guru tanpa pengalaman ibarat bayi yang baru mula berlatih berjalan.Namun,guru yang penuh ilmu dan pengalaman di dada,ibarat bayi yang gah apabila sudah reti berjalan.Itu adalah,satu kata2 yang mampu saya gambarkan tentang tenaga pengajar di Universiti Al-Azhar.Sepanjang belajar di sini,pensyarah yang saya jumpa semuanya pensyarah yang berpengalaman,ada sehingga pengalaman mengajar sehingga berpuluh2 tahun.Bayangkanlah ilmu di dadanya,pasti melimpah ruah.Itulah hakikat tentang pensyarah2 di Azhar.Kebanyakannya,mengajar tanpa memerlukan buku,oleh kerana semuanya tersimpan di dalam dadanya,maka,tiada sebarang masalah bagi mereka untuk menerangkan pelajaran dengan sebaiknya.Orang kata,DON'T JUDGE THE BOOK BY IT'S COVER,satu-saunya prinsip yang saya pegang,Dr di Azhar,nampak seperti orang2 biasa,namun,ilmu yang dimiliki mereka,cukup tinggi,tiada kata yang mampu menggambarkan betapa tinggi ilmu mereka(tetapi tinggi lagi ilmu Allah),rasa hormat terhadap mereka itu sentiasa melimpah ruah dek kerana syarahan mereka yang sungguh hebat dan terasa diri ini kerdil kerana ilmu itu masih kurang.Janjiku,selagi mana aku mampu,aku akan simpan azamku untuk menjadi seperti mereka.

Itu semua tentang Azhar,selepas ini,jika orang bertanyakan saya belajar di mana,saya akan jawab "SAYA AMBIL PERUBATAN DI AL-AZHAR" dengan penuh keyakinan dan saya akan sentiasa melahirkan rasa syukur kerana ini ialah ketentuan Allah supaya saya belajar di sini dan tidak meninggalkan subjek diniyah itu.

Amin Ya Rabb kerana mempertemukan aku dengan Universiti Al-Azhar.Sesungguhnya ENGKAU maha mengetahui setiap yang ENGKAU aturkan untuk hambamu.

Tinta ini khas buat semua pelajar2 sekuliah saya.Jangan pernah timbul rasa menyesal belajar di Al-Azhar dan ingatlah,kita merupakan generasi dan pelapis yang mahu mengembalikan dan memartabatkan semula Islam,bukan sahaja di Negara Kita bahkan di SELURUH DUNIA.INSYAALLAH!




Study hard to achieve everything,but,don't forget no matter how hard we study it's all back to our God ALLAH,tawakal and doa is important!!!!

Monday, December 13, 2010

gelora remaja bakal 20-an



BERDOA UNTUK MENJADI YANG TERBAIK DI DUNIA DAN AKHIRAT.AMIN YA RAB!

CIRI2 LELAKI SOLEH KE??






Salam,mesti korang pelik an asal la title cam poyo jerk???
Actually ni lah realiti yg dihadapi oleh saya n hampir semua rakan2 yg baru nak menginjak ke umur 20-an.Masalah kami ialah,pertama tentang identiti diri.Oang kata,identiti diri tu masa umur 20 thn baru kita nampak dan apa kita bila kita 20 thn tu ialah apa kita bila besar nanti.Betul or x tu no komen la sbb bagi saya,saya jumpa identiti diri saya lagi awal sblm saya menginjak 20 tahun.Walau macam mana pun,kalau anda2 sekalian yang x jumpa lagi identiti diri tu,and masih mencari,teruskan.Kalau boleh,biar lah kita bawak identiti diri yang berlandaskan syariah,kalau perempuan tu,biarlah kita jadi wanita yang solehah yang kalau org tgk sejuk je mata memandang.Peringatan buat diri saya sendiri juga.

Masalah ke-2 yang semua kwn2 mengadu is......Masalah perasaan.Semua dok cakap pasal KAHWIN.Okay,saya ulang ye KAHWIN.Memang agak ganjil kan ckp pasal kahwin,tapi itulah hakikat yang melanda semua kawan2 saya.Actually,bila fikir balik,kita sebenarnya dah besar dan selayaknya berbicara tentang ini.Tapi,nak berbicara pasal kahwin ni,kena lah berpada2.Cukuplah sekadar memahaminya.Untuk melaksanakannya pastinya lambat lagi lah bagi saya,tapi,bak kata cikguku,masa inilah kita mencari,dan sebaik2nya carilah yang cukup syarat berlandaskan islam.Walaubagaimanapun,saya akan doakan kwn2 saya yg mengalami masalah seperti ini,cukuplah sekadar perasaan sahaja,jangan lebih dari itu,bercouple secara HARAM sebelum berkahwin itu kalau boleh elakkan la erk??.Kepada senior saya yang beza setahun je pun,anda tidak bersalah dahulu sewaktu mengalami perasaan ini,kami memahami anda sekarang.Now,kita setaraf.

Masalah ke-3,cita2 saya ialah.....Kalau dah umur 20 kan,mesti kebanyakan dah masuk Universiti.Bila dah masuk Universiti mesti dah konfirm lah cita2 tu.Kalau yang amik bidang perubatan,doktor sudah pastilah pekerjaan anda,kalau amik engineering,pastinya engineer lah anda dan sebagainya lah.Tapi,adakah cita2 pekerjaan sahaja ke yang kita maksudkan???Contoh lah,mcm saya,mengambil bidang perubatan,insyaalah lah jadi doktor bila dah graduate nanti kan?Tapi,itukah yang kita nak????Sekadar title Dr,cukupkah sekadar org boleh memanggil awak Dr.Farhana ataupun ada definisi lain disebalik cita2 itu.Bagi saya,bukanlah title Dr. yang saya mahukan tapi lebih kepada membantu masyarakat dan lebih2 lagi agama.Tak kira apa bidang sekalipun anda ambil,bukan gelaran dan harta serta pangkat yang menjadi ukuran tapi sejauh mana anda mampu membantu orang lain.Sejauh mana anda mampu memberikan hak anda kepada orang yang lebih memerlukan????Bagi saya,iulah yang paling penting dan pokok pangkal kepada setiap bidang yang kita ceburi.Kerja atau amal dalam arabnya,senang saya definisikan sebagai,menggunakan kepakaran kita dalam sesuatu bidang itu untuk membawa agama,masyarakat dan negara ke arah yang lebih baik.Dalam erti kata lain,bekerjalah kerana Allah.Pahala yang menanti,bekerja dengan Ikhlas,nescaya kita akan jatuh cinta kepada pekerjaan kita walau susah mana sekalipun.Nasihat buat diriku yang hina ini juga,supaya sentiasa perbaharui niat dan melakukan semuanya hanya kerana ibadat kepada Allah.Jadi,remaja2 di luar sana,jadikan cita2 anda sebagai pendorang anda untuk lebih melakukan semua perkara tanpa mengira balasan tapi untuk ganjaran yang hanya Allah sahaja mampu balas.

Kesimpulannya,satu perkara sahaja yang mampu saya perkatakan tentang gelora remaja bakal 20-an ni.Memang mencabar,tapi semuanya terpulang kepada kita sendiri untuk mengatasinya.Kalau kita bijak mengatasinya,masalah2 lain x akan timbul.Kepada rakan2 ku sekalian yang mengalami masalah ini,marilah kita muhasabah diri kita dan berusaha menjadi yang terbaik buatNYA,sesungguhnya itu adalah lebih baik kerana pandangan MAHA PENCIPTA itu adalah lebih penting dari pandangan MANUSIA.Marilah kita berdoa supaya,penginjakan umur kita ke usia 20 ini akan menjadikan kita lagi matang dalam menempuhi cabaran hidup dan menjadikan kita seorang yang beridentiti selaras syariat islam.Peringata buat diriku dan rakan2 sekalin.^_^