hidup untuk memberi kepada orang disekeliling dan ummah!

it's merely what I want to write,but not merely without purpose,i want to give people what i learn and what i have!
LIFE IS FOR YOU TO
SHARE IT WITH PEOPLE AROUND YOU,MAKE THEM HAPPY,U WILL BE HAPPY!

Friday, April 6, 2012

sahabat atau musuh?


Karya ini adalah taklifan dari naqibah,katanya cerpen tapi saya dah macam nak buat novel pun ada jugak,anyway,enjoy!
p/s:maybe cerita tu agak cliche and drama,tapi,tu mungkin juga realiti!


PERTEMUAN PERTAMA

“Ariff aku sayang engkau kerana Allah,”jerit Amin dari belakang tatkala Ariff sedang menuju ke kantin sekolah.

Kata-kata itu yang sering diungkapkan oleh Amin kepada Ariff sewaktu zaman persekolahan mereka dulu.Teringat Amin akan gelagat dan reaksi Ariff sewaktu kali pertama mendengar perkataan itu,mukanya merah padam dan tertunduk malu di hadapan guru-guru dan rakan-rakan. Kata-kata itu jarang dilontarkan oleh seorang lelaki kepada lelaki yang lain,mungkin kerana itu jugalah Ariff tertunduk malu.

“Kau buat aku malulah Min,nanti orang ingat kita ni ada apa-apa macam mana? Mana ada lelaki cakap sayang-sayang sesama mereka di khalayak ramai.”Jerkah Ariff sambil tangannya hendak memukul belakang Amin.

“Biarlah apa orang nak kata,yang penting aku sayang kau sebagai sahabat kerana Allah,ukhwah yang terbina ini bukan atas nafsu atau suka-suka tapi kerana Allah,lillahita’ala.”Balas Amin kepada Ariff atas pertanyaannya sebentar tadi.

Tersentap Amin dari lamunannya dengan kehadiran jururawat yang hendak memeriksa rekod kesihatan Ariff.Ditatpnya wajah Ariff sedalam-dalamnya.Rasa sebak menjelma tatkala melihat wajah sahabat baiknya yang hanya mampu terbujur kaku di atas katil hospital tanpa sebarang reaksi.Teringat Amin akan Ariff yang mula-mula dikenali sewaktu sekolah dahulu.Ariff,shebat namanya,orangnya juga hebat.Ariff adalah seorang lelaki metropolitan yang kaya,hidupnya hanya berkisar sekitar bandaraya Kuala Lumpur,namun kekayaannya tidak pernah menjadikan Ariff seorang yang sombong.Walaupun Ariff kaya tetapi dia tidak pernah miskin budi bahasa.Statusnya sebagai anak hartawan tidak pernah digunakannya untuk kepentingannya sendiri,malahan,kehidupan keluarganya juga sederhana.

Amin pula seorang yang lahirnya di kampung dan membesarnya juga di sana.Kampung Batu Tiga,Perak menjadi taman permainannya sejak kecil.Menjadi yatim sejak umur empat tahun menyebabkan Amin pandai berdikari,ketiadaan ayahnya tidak pernah dikesali namun ia menjadi pembakar semangat baginya untuk melangsungkan hidup menyara keluarganya.

Pertemuannya dengan Ariff bermula sejak tingkatan satu lagi.Maktab Rendah Sains Mara Jasin menjadi saksi pertemuan mereka buat pertama kalinya.Teringat Amin bagaimana Ariff kelihatan kekok kerana baru pertama kali berjauhan dengan keluarga dan terpaksa berdikari.Namun,dengan keberadaan Amin,segala perkara dapat dilakukan dengan mudah.Sejak detik itu,persahabatan mereka menjadi sangat akrab,bagai aur dengan tebing.

Pernah satu ketika Ariff tersepit antara dua keputusan,sama ada ingin memasuki pertandingan bola sepak atau perbahasan.Amin menjadi satu-satunya tempat rujukan dan perbincangan Ariff.

“Aku ada masalah besar ni Min,tolong aku ye?”.Keluh Ariff kepada Amin sambil memegang dahinya.

“Masalah ape Riff?Besar ke masalah tu?”Tanya Amin.

“Besar bagi aku la,tapi bagi kau aku tak tahu la.Aku tak tahu nak join pertandingan mana ni.Bola Sepak memang favourite aku,tapi aku kesian dengan Pn.Rozita,dia beria-ia nak aku masuk pertandingan Bahas Diraja,tak sanggup aku nak kecilkan hati dia,macam mana Min?Apa patut aku buat?.”Keluh Ariff lagi.

“Macam nilah Riff,pertandingan tu tiga bulan lagi kan? Sebelum kau buat keputusan,cuba kau take time untuk fikir masak-masak.Memang bola sepak minat kau,tapi tak salah juga untuk cuba berbahas kan? Aku nasihatkan engkau tanya pendapat cikgu-cikgu lain,sambil tu,kau solat istikharah juga.”Jawab Amin.

“Solat istikharah bukan untuk kahwin ke Min?”Tanya Ariff dengan penuh kehairanan.

“Ish,mana ada la.Siapa ajar kau macam tu?Sebenarnya kan ramai orang yang tak tahu yang solat istikharah ni boleh dilakukan untuk apa-apa sahaja,bukan tertakluk semata-mata untuk nikah kahwin je.Apabila dalam keadaan memerlukan keputusan dibuat,solat istikharah sangat membantu.Tapi kan Riff,solat bukan masa nak minta tolong Allah aturkan keputusan mana yang terbaik untuk kita je,tapi solat selalu,supaya setiap detik hidup kita ini Allah yang atur dengan sebaiknya.”Syarah Amin dengan penuh semnagat.

“Baiklah Ustaz Muhammad Amin Taqiuddin Bin Mohd Azhar.”Perli Ariff.

“Tak ustaz sangat la,cuma berkongsi je.Kau ni pun,tak payah nak perli sangat la kan.Jomlah,aku lapar ni,kantin jom!”Jelas Amin sambil mempelawa Ariff ke kantin.

Suasana di hospital suram dan sunyi,cuma sesekali diselangi bunyi ambulans dan adakalanya bunyi tangisan bayi.Suasana itu juga yang membawa Amin ke dunia realitinya sekarang.Dunia yang penuh kesuraman dan kehibaan.

“Lama encik termenung tadi,teringat apa encik?”Tanya jururawat yang baru sahaja selesai menyemak rekod kesihatan Ariff.

“Erm,tak ada apa-apa nurse,cuma teringat kisah lama saya dengan Ariff,waktu zaman-zaman sekolah dahulu.Bagaimana dengan Ariff nurse? Ada apa-apa perkembangan?”Tanya Amin kepada jururawat yang bertugas.Dalam hatinya penuh pengharapan supaya Ariff memberi perkembangan yang positif.Sudah tiga hari rakannya itu terlantar di katil hospital kerana kemalangan jalan raya.Sejak tiga hari itu juga Amin menjadi penunggu setia di hospital itu.Saban hari,hatinya meruntun-runtun memohon kepada Allah supaya memberi kesembuhan kepada rakannya itu.Saban hari itu juga, dia menjadi peneman setia Ariff dan akan sentiasa menjadi peneman Ariff hingga saat matanya terbuka.

“Setakat ini,Encik Ariff tidak memberi sebarang respon terhadap ubat yang kami berikan itu,walaubagaimanapun,ECG Encik Ariff sudah normal dan tekanan darahnya juga sudah kembali ke tahap normal.Encik jangan bimbang,saya yakin dengan kuasa Allah yang Encik Ariff akan kembali normal,encik cuma kena banyakkan berdoa sahaja,selebihnya kita serahkan kepada Allah.”Jawab jururawat itu sambil mengambil barang-barangnya untuk keluar.

CITA-CITA

Tanggal 23 Mac 2001 menjadi detik bersejarah bagi semua pelajar Maktab Rendah Sains Mara Jasin kerana keputusan Sijil Peperiksaan Malaysia telah keluar.Amin mencari-cari keberadaan Ariff.Sudah hampir 3 bulan dia tidak menemui Ariff,rindunya pada Ariff sudah meninggi setinggi gunung Everest.

“Riff! Riff! Riff!.”Jerit Amin dari belakang tatkala terlihat Ariff.

“Lama tak jumpa kau.Macam mana sekarang?Sihat ke tak? Rindu kau la Riff,maklum la,lama tak jumpa.Kau rindu aku tak?”Tanya Amin.

“Rindu? Kau ni tak ada benda lain nak tanya ke Min? Aku pun lama tak jumpa kau.Kau buat apa sekarang?Kerja ke ambik short course?”Tanya Ariff.

“Yela,aku rindu dekat kau,sebab tu aku tanya kau rindu aku ke tak.Aku kerja mengajar dekat kampung,gajinya tak banyak tapi cukup untuk sara aku sekeluarga.Kau pulak buat apa?”Tanya Amin semula.

“Aku tolong papa dekat office dia sambil ambik kursus fotografi.Dah tengok keputusan ke Min?Mesti kau dapat straight A punya.”Jawab Ariff.

“Aku pun tak tengok lagi keputusan,cikgu baru nak umumkan pelajar terbaik sekolah.Dengar cerita,ada seorang pelajar sekolah kita dapat pelajar cemerlang peringkat Malaysia,siapalah tu agak-agaknya.”Jawab Amin sambil matanya melilau mencari Encik Raja,guru kelasnya.

Keadaan di Maktab Rendah Sains Mara Jasin agak kelam kabut dengan kehadiran ibu bapa dan pelajar-pelajar yang masing-masing mahu mengambil keputusan Sijil Peperiksaan Malaysia mereka.Tangisan suka dan duka dapat dilihat di muka pelajar-pelajar serta ibu bapa.Amin bersama Ariff masing-masing mengambil tempat di hadapan guru kelas mereka.

“Cikgu macam mana keputusan kami?”Tanya Ariff dan Amin.

“Alhamdulillah,kamu berdua mendapat keputusan yang sangat cemerlang.Kamu berdua mendapat semua A dalam setiap matapelajaran.Tahniah cikgu ucapkan,tidak sia-sia hasil usaha gigih kamu berdua selama ini.Cikgu turut tumpang gembira dengan pencapaian cemerlang kamu.”Jawab Cikgu Raja sambil bersalaman bersama mereka.

“Ini semua berkat didikan cikgu juga.Tanpa tunjuk ajar dari cikgu,masakan mungkin kami berjaya sampai tahap ini.Terima kasih cikgu atas tunjuk ajar yang diberikan,hanya Allah sahaja yang mampu membalasnya.”Balas Amin sambil tangannya dihulur untuk mengambil keputusannya.

Hanya senyum manis terukir di muka kedua-dua anak muda ini.Berkat usaha gigih mereka akhirnya terbayar dengan usaha gigih mereka.Ibarat pepatah arab “siapa yang berusaha pasti berjaya”.Ariff yang ditemani kedua ibu bapanya tampak sangat gembira melihat keputusannya.Walaupun Amin tidak ditemani ibunya,namun,doa ibunya dari jauh sudah cukup menggembirakan hati anak muda itu.Sebelum berpisah,keduanya sempat bertanya tentang pelan masa depan mereka.

“Kau nak sambung mana Min?”Tanya Ariff.

“Aku rasa sambung universiti dalam negeri je kot.Aku nak ambik kursus perubatan dekat UIAM kot,kau macam mana Riff?”Tanya Amin pula.Hatinya penuh pengharapan supaya rakan baiknya itu turut sama menyambung pelajaran di UIAM juga,namun,dia sudah diberitakan awal-awal bahawa sahabatnya itu hendak menyambung pengajian dalam bidang kejuruteraan di Amerika Syarikat.

“Aku mungkin ikut pelan asal aku untuk ke Amerika,doakan aku ye Min.”Jawab Ariff.

Sejak saat itu,masing-masing membawa haluan sendiri.Namun,hubungan antara mereka tidak pernah terputus.Hanya e-mel,telefon dan SMS menjadi penghubung antara mereka.

TEMAN BARU

“Class,please tick your name on the attendance sheet.Do not tick others name.One more,could you please pass your thesis on the geotechnical effect of soil erosion on building.”Syarah Profesor Robert yang merupakan pensyarah Kejuruteraan Geoteknikal di Michigan State University.

Suasana di sekitar kawasan agak sesak kerana waktu rehat telah tiba.Terlihat kelibat seorang lelaki melayu berlari-lari menuju ke bangunan kejuruteraan universiti.Pakainnya nampak agak tidak kemas,dengan hanya memakai jeans lusuh dan t-shirt kelabu berserta kasut putih berjenama Adidas dan sebuah beg tergalas di bahunya.

“Ya Allah,minta-minta aku tak lambat lagi hari ini.”Gumam hati pemuda melayu itu.

“Mr.Aizat,why are you late again?”Tanya Profesor Robert.Tersentak Aizat dengan pertanyaan itu.

“Erm,I’m sorry prof,I woke up late,I promise I won’t do it again,can I take my seat?”Jawab Aizat tanpa sedikit perasaan bersalah dalam hatinya.

I’ve had enough of you,this is not the first time,I’m sorry,if you behave like this again,I will not hesitate to tell the Dean.Please take your seat and pass your thesis.”Marah Profesor Robert.Wajah putih Profesor Robert bertukar kemerahan kerana menahan marahnya.

“Promise,I won’t do it again prof.”Janji Aizat kepada Profesor Robert.

Terus si anak muda itu mengambil tempatnya di sebelah Ariff.Satu-satunya rakan Malaysia yang sekelas dengannya.

“Kau dari mana? Kenapa lambat sangat datang? Takkan kau nak hari-hari kena marah dengan profesor?”Tanya Ariff.

“Kau macam tak tahu pulak,dah dekat tiga tahun kita kenal.Apa lagi yang aku buat hari-hari minggu.”Jawab Aizat dengan nada marah.

“Kau keluar clubbing dengan awek mat salleh kau tu ke? Dengan si Camelia tu?”Soal Ariff walaupun hakikatnya dia sudah tahu.

“Mestilah,siapa lagi.”Balas Aizat.

Aizat adalah satu-satunya rakan seuniversiti Ariff.Walaupun perangainya agak kebaratan,namun,Ariff tidak mampu menasihatinya.Cara hidupnya itu kadang-kala mempengaruhi Ariff juga.Ariff tidak sekuat dahulu lagi,selepas ketiadaan Amin disisinya,hidupnya mula goyah.Kehidupan berpesta sudah menjadi lumrah hidupnya,semakin hari,pegangan agamanya makin goyah.Hidupnya juga sudah dipenuhi dengan gadis-gadis,rokok,pesta dan hiburan dan kadang kala arak.Hubungan Ariff dengan Amin juga telah mula menjauh dan meruncing.E-mel,telefon dan SMS dari Amin juga jarang dibalasnya.Pengaruh yang dibawa Aizat sudah menguasai kehidupan Ariff.

Dude,nak pergi mana malam ni?Dengar-dengar ada konsert Lady Gaga dekat town,turun jom?”Tanya Ariff kepada Aizat dengan harapannya agar dia turut serta.

Okey,aku join.”Jawab Aizat sambil tangannya tidak lekang menaip SMS kepada Camelia.

Jauh di benua lagi satu,kehidupan Amin penuh dengan pentarbiahan.Suasana Islamik yang diterapkan di UIAM sangat memberi kesan terhadap diri Amin .Dia kini menjadi seorang pemuda yang bukan sahaja penuh dengan ilmu perubatan, tetapi juga dengan ilmu agama.Usrah dan kelas-kelas agama tidak pernah ditinggalknnya.Usahanya untuk mencari ilmu agama sentiasa berterusan kerana dia merasakan kepentingan ilmu agama itu sebagai umat islam.Kehidupannya sangat jauh berbeza dengan Ariff,dari segi ilmunya,materialnya,walaupun Amin mendapat biasiswa penuh dari kerajaan,namun duit itu tidak pernah digunakannya untuk kepentingan selain perbelanjaan hariannya dan untuk kegunaan kuliahnya sahaja.

“Min,kau nak kemana tu?Lajunya jalan,tak nak join makan sekali ke?”Pelawa rakannya yang sedang duduk di kantin.

“Tak apalah,aku nak cepat,nak ke kafe internet.Ada hal sedikit.”Jawab Amin dari kejauhan.

Kelibat anak muda yang segak berkemeja memasuki kafe internet UIAM mencuri perhatian semua siswi-siswi disitu.Sebelum ini,telah ramai siswi yang menyatakan hajatnya mahu berkenalan dengan Amin,namun satu pun tidak layan kerana dia berpegang kepada kata kata Al-Farabi,”Cinta yang lazimnya ditujukan kepada pemuasan hawa nafsu semata,sebenarnya ialah cinta yang diilhamkan Tuhan untuk haiwan”.Cinta Amin hanya untuk Allah dan hanya untuk mendapat keredaan Allah.

Sebaik sahaja Amin selesai membayar duit di kaunter,dia mencari tempat untuk duduk dan lantas membuka e-melnya.Harapannya supaya ada khabar dari sahabat setianya Ariff,namun,hampa.Tiada sebarang berita diterimanya sejak sebulan lepas.Digagahkan tangannya untuk menulis kepada Ariff.

Kehadapan sahabatku Ariff,

Sudah agak lama agaknya e-mel saya tidak dibalas.Riff sibuk ke sampai tak sempat nak membalas e-mel Amin? Banyak perkara yang Amin nak ceritakan dekat Ariff,maklumlah dah tiga tahun tak jumpa kau kan Ariff.Apa-apa pun,Amin akan sentiasa doakan supaya Ariff sentiasa berjaya di dunia dan akhirat,dan selamat maju jaya di benua Amerika.Terima kasih kerana telah menjadi sahabat yang baik selama ini.Kalau balik ke Malaysia jangan lupa untuk hubungi aku ye Riff.Salam.

Sahabatmu,

Amin

25 Februari 2005,Malaysia.

Butang send ditekan sambil tangan Amin sentiasa berdoa agar Ariff membalasnya.

KEPULANGAN TERAKHIR

“Sir,would you like coffee or tea?”Tanya pramugari US Airlines kepada Ariff.

“Yes,coffee please.Thank you.”Balas Ariff sambil matanya meliar melihat tubuh molek pramugari itu.

Suasana di KLIA pada hari itu agak sesak,mungkin kerana banyak penerbangan ke Kuala Lumpur.Pesawat US Airlines,US 112 telah pun selamat mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.Terlihat kelibat seorang pemuda segak,berjaket kulit dan berkaca mata keluar dari balai ketibaan.

“Hi mom,hi dad!How are you?”Tanya Ariff.

“Baik,kami sihat,Ariff macam mana?Flight tadi macam mana,okey?”Tanya Puan Azizah dan Encik Zulhilmi kepada anak kesayangan mereka itu.

“Okey,everythings fine”Jawab Ariff.

Sudah hampir enam bulan Ariff pulang ke tanah air,namun tidak pernah sekali pun dikhabarkan kepada Amin.Kepulangannya sangat dinanti-nanti oleh Amin,namun,hanya selepas enam bulan Ariff pulang,baru Amin mengatahuinya.Kepulangan Ariff itu hanya diketahui selepas rakan Amin,Jusoh memberitahunya.Jusoh bekerja di Syarikat Kejuruteraan Mutiara bersama Ariff.Berkali-kali Amin cuba menghubungi Ariff namun tidak sekalipun Ariff menjawabnya.Akhirnya,setelah didesak oleh ibu bapanya,Ariff bersetuju untuk berjumpa dengan Amin.

Kelihatan seorang pemuda berkemeja putih duduk sambil menunggu sesorang di Restoran Seri Melayu,Jalan Conlay.Jamnya dikelih beberapa kali,kelihatannya seperti orange yang kehilangan anak.Mukanya amat runsing,mungkin kerana takut orang yang ditunggu-tunggunya tidak hadir.

Dari jauh,kelihatan seorang pemuda yang segak berkaca mata hitam keluar dari kereta Toyota Harrier miliknya.Langkahnya laju seperti orang yang sangat sibuk.

“Huh,kau nak apa jumpa aku,cepat sikit,aku banyak benda nak buat lagi ni.”Bentak Ariff.

Assalamualaikum Riff,kalau ye pun,duduk la dulu,minum apa?Aku belanja.”Jawab Amin sambil senyum gembira kerana rakannya yang telah hampir lima tahun terpisah berada di depannya sekarang.Ibarat satu mimpi yang nyata bagi Amin,telah sekian lama dia menantikan khabar berita dari rakannya itu.

“Tak payah,kalau kau tak ada apa-apa nak cakap,aku pergi dulu.”Marah Ariff.

“Erm,Riff,tunggu.....”Balas Amin,namun belum sempat dihabiskan ayatnya itu,Ariff sudah pun bangun menuju ke keretanya meninggalkan Amin berseorangan di situ.

Sudah hampir tiga jam Amin melelapkan matanya,tugasannya di hospital yang bertimbun membuatkan tidurnya menjadi sangat cepat,letak sahaja kepala di bantal,sudah terlena.

“Kring,kring,kring.”Bunyi telefon Amin.Dilihatnya di skrin,terpapar nombor Puan Azizah.Jam di tangannya menunjukkan jam empat pagi.

“Apa yang Puan Azizah nak pagi-pagi hari ni?”Hati kecil Amin bertanya.

Assalamualaikum,ye puan,ada apa ya pagi-pagi telefon saya?”Tanya Amin.

Waalaikummussalam Amin,minta maaf ganggu pagi-pagi hari ni,tapi aunty cuma nak bagitahu,Ariff,Ariff......”Jawab Puan Azizah dengan suara tangisan.

“Kenapa dengan Ariff aunty? Kenapa?”Balas Amin dengan desakan supaya Puan Azizah memberitahu dengan segera.

“Ariff,dia kemalangan.Dia....dia cedera teruk Amin.Dia sekarang dirawat di Hospital Pantai Cheras sekarang,Amin tolong aunty ye? Amin kan doktor?”Kata Puan Azizah dengan suara yang tersekat-sekat akibat tangisan.

“Maaf aunty tapi Amin tak boleh buat apa-apa,Amin cuma doktor pelatih.Macam ni aunty,Amin akan ke sana sekarang juga.Sementara itu,aunty berdoalah banyak-banyak,Allah akan tolong hamba-hambanya yang berdoa.”Jawab Amin.

Sebuah kereta Proton Wira meluncur laju memecah keheningan pagi bandaraya Kuala Lumpur.Setibanya di Hospital Pantai Cheras,Amin terus menuju ke wad kecemasan.Dinantinya sahabatnya itu dengan penuh tenang.Setelah hampir lima jam di dalam wad pembedahan,akhirnya Ariff sudah keluar.Namun,dia masih dalam keadaan koma,keadannya masih belum stabil.Pendarahan di dalam otaknya masih belum boleh dikeluarkan kerana bengkak di dalam kepalanya masih belum surut.Ariff ditempatkan di wad rawatan rapi untuk pantauan selanjutnya.

Saban hari yang menjadi teman setianya hanya Amin.Usai sahaja kerjanya di hospital,terus dia menuju ke Hospital Pantai Cheras untuk bertemu Ariff.Setiap hari,dibacakan doa dan Yassin kepada Ariff.Tiada istilah jemu bagi Amin.Hari-harinya hanya penuh pengharapan supaya Ariff dapat sedarkan diri semula.

“Doktor,patient dah buka mata,respon juga positif.”Teriak jururawat dari dalam wad.

“Biar saya lihat.”Jawab doktor.

Setelah hampir dua minggu Ariff terlantar,akhirnya dia sudah mula menyedarkan diri.

“Saya selalu terdengar bacaan Al-Quran sepanjang saya koma,siapa yang bacakan kepada saya setiap hari.”Tanya Ariff penuh kehairanan kepada jururawat dan doktor.

“Owh,kawan Encik Ariff,namanya Amin.Hari-hari dia datang melawat doktor dan mendoakan doktor.Setiap hari juga dibacakan Yassin kepada Encik Ariff.”Jawab jururawat itu.

Ariff merasa kesal kerana sahabat yang dibuangnya suatu masa dahulu adalah satu-satunya sahabat yang menemaninya di waktu hidupnya bagai telur dihujung tanduk.

“Min,aku minta maaf dekat engkau,aku berdosa dengan engkau.Aku buang engkau jauh-jauh dan aku tak pedulikan engkau lepas aku sambung belajar dekat oversea dulu.Aku terlalu terpengaruh dengan keadaan disana sampai aku lupa agama aku,aku lupa ibu ayah aku,aku lupa sahabat baik aku.”Luah Ariff sambil tangisannya mencurah-curah jatuh membasahi pipi.

“Ya Allah,engkau tak bersalah apa-apa pun dengan aku Riff,aku dah lama maafkan engkau.Aku bersyukur engkau masih selamat lagi Riff.Ingat Riff,belum terlambat lagi untuk kita bertaubat.Allah masih beri engkau peluang untuk hidup,ertinya Allah masih sayangkan engkau dan dia nak engkau bertaubat.Ingat,Allah tu maha pengasih lagi maha penyayang.”Balas Amin sambil matanya menatap wajah rakannya yang sayu itu.

“Aku ingatkan Aizat tu sahabat sejati aku dekat US,tapi rupanya bukan.Sebab dialah aku jadi macam ni,sebab dialah aku jadi ingkar kepada agama.”Luah Ariff lagi.

“Bukan sebab Aizat kau jadi macam ni Riff,tapi sebab syaitan.Aizat tu sebagai wasilahnya sahaja.Allah dah berfirman dalam Surah Al-A’raf,”kemudian pasti akan aku mendatangi meraka dari depan,dari belakang,dari kanan,dan dari kiri mereka”.”Dan engkau tidak akan mendapati kebanyakan mereka bersyukur.”Allah kata,syaitan akan mendatangi kita dari segenap arah,kita yang harus kuat dan harus menjadi orang yang sentiasa bersyukur untuk menjauh dari pengaruh syaitan ini.Musuhnya yang nyata ialah syaitan,bukan Aizat.”Balas Amin dengan nada suara yang lembut dan berhikmah.

Sudah hampir sebulan Ariff dibenarkan keluar wad.Hidupnya diteruskan seperti biasa Cuma dia harus ke hospital setiap bulan untuk pemeriksaan lanjutan.Dalam masa sebulan itu juga digunakan sepenuhnya oleh Ariff untuk membaiki semula hubungannya dengan Amin dan juga untuk menuntut ilmu agama dari Amin.Hubungan mereka semakin hari bertambah baik,seperti pertemuan pertama mereka sewaktu di tingkatan satu dahulu.

Suasana di Hospital Pantai Cheras menjadi kecoh sebentar.Seorang pesakit dimasukkan ke hospital setelah pengsan secara tiba-tiba.Pelbagai usaha dilakukan oleh pihak doktor untuk menyelamatkannya.Akhirnya pada tanggal 17 September 2007 jam 2.00 petang pesakit itu disahkan meninggal dunia.

Tanah perkuburan Kajang sesak dipenuhi sanak saudara dan sahabat handai si mati.Setelah talkin dibaca,sanak saudara dan sahabat handai pulang dan mengundur diri dari tanah perkuburan.

“Amin,ni ada surat untuk Amin,dari Ariff.”Kata Puan Azizah sambil menghulurkan sepucuk surat itu.

“Terima kasih aunty.”Balas Amin.

Dibukanya surat itu dengan perlahan sambil menatap isi kandungannya.

Kehadapan sahabat dunia akhiratku Amin Taqiuddin,

Assalamualaikum Amin.Harapnya Amin sihat selalu.Mungkin kau tertanya-tanya kenapa aku tulis surat ni kepada kau kan?Jujurnya,aku rasa sangat bersalah apabila meninggalkan kau terkapai-kapai tanpa khabar sewaktu aku di Amerika dahulu.Anggaplah surat ini sebagai pembalasan terhadap semua e-mel yang pernah kau hantar kepada aku dulu.Sesungguhnya,pertemuan pertama kita sangat membuka lembaran hidup baru dalam kamus hidup aku.Buat pertama kalinya aku dapat rakan yang sebaik engkau Amin,yang hidup di kampung,sederhana dan banyak membantu aku.Hampir semua perkara yang aku nak buat aku akan rujuk kau.Senang kata,kau la tempat aku mengadu,kawan senang dan kawan susah.Aku minta maaf,lepas aku pergi ke Amerika,aku banyak berubah.Namun,kautetap setia menunggu aku.Kau sanggup terima aku walaupun perangai aku dah tak macam dulu lagi.Kau banyak bersabar Amin,aku tak pernah jumpa sahabat sehebat engkau.Doa engkau takpernah putus buat aku,tapi,akutak pernah mendoakan hidup engkau.Agaknya sebab itulah akudapat kecelekaan,sebab tak menghargai kasih sayang seorang sahabat.

Amin,

Terima kasih kerana menerima aku kembali dalam kehidupanmu.Terima kasih sebab kau dah kembalikan aku kejalan yang benar di saat-saat akhir hidup ini.Sungguh,budi kau aku tak mampu nak balas.Hanya Allah yang mampu membalas jasa kau Min.Aku harap,doa kau buat aku takkkan terputus.Terima kasih sebab sentiasa mendoakan kesejahteraan aku,aku harap,kau boleh mendoakan kesejahteraan aku di akhirat pula selepas ini.Sungguh,aku teringat akan hadis nabi yang berbunyi “Jika kita mahu melihat sesorang itu,lihatlah kepada kawannya”.Aku harap,orang melihat aku selepas ini sementelah melihat perwatakan dan kebaikan engkau.Aku tidak mampu menjadi sehebat kau Min,tapi,aku nak orang lihat aku seperti mana mereka lihat kau Min.Alhamdulillah,di pengakhiran hidupku,orang mampu melihat aku sebegitu,semuanya terima kasih kepada kau Min.

Untuik makluman kau,lepas kemalangan yang hampir meragut nyawa aku dulu,doktor sahkan pendarahan dalam otak aku tak boleh dikeluarkan.Aku minta maaf sekali lagi kerana aku terpaksa merahsiakan hal ini dari engkau sebab aku tak nak engkau bersedih bila aku tiada di dunia ini lagi.Saluran darah otak aku semakin mengecil setiap hari,sebab tu aku selalu pengsan.Aku tahu kau perasaan,tapi untuk sedapkan hati kau aku cakap sebab aku letih,supaya kau tak syak sesuatu.Aku minta maaf sekali lagi,sebab aku tak sanggup nak lukakan hati kau dengan berita pemergian aku.Amin,terima kasih kerana sudi menjadi sahabat aku dan sudi menerima kelemahan aku serta membetulkan semula pegangan agama aku.Hanya Allah yang mampu membalasnya dan aku harap kita akan bertemu di jannah nanti.Aku sayang kau kerana Allah dan aku akan sentiasa rindukan kau.

Salam sayang dari sahabatmu yang serba lemah ini.

Muhammad Ariffuddin Bin Zulhilmi.

7 September 2007.

Amin tertunduk membaca surat itu sambil mengalirkan mutiara jernih diatas pusara Ariff.

“Terima kasih Ariff kerana sudi menjadi sahabat buat diri yang lemah ini.”Hati Amin berbicara dengan lemah sekali.

Dikuatkan langkah kakinya meninggalkan pusara Ariff dengan harapan Ariff tenang di alam barzakh sana.

HAKCIPTA TERPELIHARA

FARHANA RAZALI HOOBAE,

23 MAC 2012,3.22 A.M,NASR CITY EGYPT.




No comments:

Post a Comment