hidup untuk memberi kepada orang disekeliling dan ummah!

it's merely what I want to write,but not merely without purpose,i want to give people what i learn and what i have!
LIFE IS FOR YOU TO
SHARE IT WITH PEOPLE AROUND YOU,MAKE THEM HAPPY,U WILL BE HAPPY!

Sunday, December 19, 2010

nak seribu daya,tak nak tak perlulah berdalih-dalih!!!!


Salam dari Mesir.Terlintas di hati saya nak menulis tentang sifat manusia yang suka berdalih-dalih ni.Bukan apa,cumanya satu kejadian telah berlaku di dalam kuliah saya yang menyebabkan semua jadi tak keruan.Ceritanya bermula begini,telah saya katakan dahulu bahawa saya mengambil kursus perubatan di universiti Al-Azhar,dan,saya juga telah menerangkan betapa terperincinya silibus pelajaran saya.Bagi yang tidak mengetahui,saya ulang semula,sistem Azhar mewajibkan pelajar perubatan mengambil mata pelajaran agama.Makanya,jodoh saya untuk dipertemukan semula dengan subjek balaghah,adab dan tafsir semula setelah hampir setahun meninggalkan mata pelajaran ini sewaktu zaman sekolah dahulu.Tidak saya nafikan bahawa mata pelajaran ini bukan sesuatu yang mudah terutama bagi mereka yang tidak pernah mengambil mata pelajaran bahasa arab sewaktu di sekolah dahulu.Saya sendiri pun masih mengalami kesukaran untuk mempelajari pelajaran ini kerana tahapnya terlalu tinggi,kitab yang kami pelajari merupakan kitab bagi pelajar tahun 4 kuliah syariah.Mendengar kepada perkara itu,mesti anda terfikir bagaimana kami mempelajari mata pelajaran ini sedangkan asas bagi bahasa arab pun ada sebahagian daripada kami yang tiada.Mustahil bagi kami untuk mempelajarinya bukan?.Maka,telah timbul rasa sedikit tidak puas hati di kalangan mereka-mereka yang tidak mempelajari bahasa arab kerana mereka tidak faham,dan ingin saya nyatakan bahawa kami tidak boleh naik ke tahun berikutnya jika tidak lulus SATU subjek wakaupun subjek agama.Jadi,mereka berasa gusar kerana takut jika hal ini akan mengakibatkan mereka tidak dapat naik tahun.Maka,kami mengemukakan pelbagai cadangan supaya mata pelajaran ini dapat dipelajari dengan mudah.Antara cadangannya ialah,

1.MEMPELAJARI MATA PELAJARAN ITU DI DALAM BAHASA INGGERIS DAN PERIKSA DI DALAM BAHASA ARAB.(*syarat ditetapkan,bermakna,jika tidak lulus satu kertas maka tidak boleh naik tahun)

2.MEMPELAJARI BAHASA ARAB YANG ASAS.(*bermakna tiada balaghah,adab dan tafsir)

Seterusnya bermacam lagi cadangan yang dikemukakan.Persoalan saya di sini,Azhar telah menetapkan silibus sebegitu kerana Azhar mempunya polisinya,maka,jika kita cuba merubahnya,bermakna kita juga cuba merubah polisi yang telah ditetapkan Azhar,adakah wajar perkara itu berlaku?.Bukan tidak mahu membela rakan-rakan yang mengalami kesusahan memahami pelajaran ini,tetapi,saya rasakan banyak lagi cara bleh dilakukan untuk mempelajari subjek ini tanpa perlu merubah polisi yang telah Azhar tetapkan.Secara jujurnya,saya sendiri mengalami permasalahan memahami pelajaran ini,tetapi,kita perlulah mencari inisiatif bagi mengatasi masalah ini.Masalah tidak akan selesai jika kita hanya mampu berkata-kata tapi tidak melaksanakannya.

Ilmu itu milik Allah,jika kita ikhlas menuntutnya,maka,Insyaallah,jalan untuk memahami ilmu itu mudah,walaupun kita mengalami kesukaran di awalnya namun,di akhirnya,segala kesukaran itu akan terbalas kerana kita ikhlas menuntut ilmu,lagikan ilmu Allah.Allah itu maha mengetahui setiap yang hambanya rasakan,maka,mohonlah kepada Allah jika kita menghadapi kesukaran memahami sesuatu.Bagi saya,tiada salahnya mengorbankan secebis masa anda semua untuk ke kelas bahasa arab,di Mesir ini,jalannya begitu mudah,ramai ahli-ahli agama dan mereka yang memang pakar dalam bidang bahasa arab ini,maka,gunakanlah peluang yang ada.Sesungguhnya,amatlah rugi bagi mereka yang mempunya peluang tetapi mensia-siakannya.
Cukup sekadar 2 jam seminggu untuk kita mempelajarinya,begitu susahkah kita mahu mengorbankan masa 2 jam itu?.Saya tinggalkan persoalan itu kepada anda.Sesungguhnya Allah berfirman,demi masa,sesungguhnya manusia di dalam kerugian,melainkan mereka yang mengajak ke arah kebenaran dan kesabaran.Masa ini ibarat nadi kita,kita sendiri yang mencorakkan hidup kita dengan pengurusan masa yang betul.Maka,jangan salahkan orang lain jika kita mendapati masa kita tidak cukup,kerana Allah telah memberikan umatnya 24 jam sehari,7 hari seminggu,30 hari sebulan dan 365 hari setahun,maka,corakkanlah masa anda dengan sebaik-baiknya.

Jesteru,bagi saya,kesusahan mempelajari bahasa arab itu hanya sekadar dalih bagi mereka untuk tidak mempelajarinya.Apa salahnya mempelajari ilmu itu,alang-alang sudah ke Azhar,maka,gunakanlah peluang yang ada untuk kita mempelajari ilmu yang baru itu.Balaghah itu sangat indah,bahasanya sangat halus dan ayat-ayat al-quran sendiri mempunyai balaghah,maka,tidakkah kita rasa rugi jika tidak mempelajarinya?.Bagi saya sendiri,dengan mempelajari ilmu-ilmu ini,kita bukan sahaja dapat mempelajari ilmu Allah tetapi juga kita dapat merasakan diri kita dekat dengan Allah kerana semua ilmu ini adalah ilmu yang berkaitan dengan asas-asas Islam,tentang keindahan akhlak,tentang kejahilan dan sebagainya.

Akhir tinta dari saya,sebagaimana pentingnya subjek medikal itu sebagai pelajar medik,sama pentingnya juga subjek agama itu.Jadi,jangan menganak tirikan subjek agama itu kerana itu juga merupakan satu ilmu,malahan,ilmu agama itu adalah lagi penting kerana asal-usul sesebuah tamadun itu adalah melalui agama,maka,subjek agama itu sewajarnya tidak dipandang rendah.Kepada rakan-rakan,tiada niat mahu menyalahkan sesiapa di dalam situasi ini,cuma sekadar memberi peringatan tentang kepentingan subjek agama ini.Sebagai pelajar,kita seharusnya mancari jalan untuk dekat kepada ilmu,bukan ilmu itu yang datang mencari kita.Jesteru,carilah inisiatif untuk mempelajari ilmu balaghah,adab dan tafsir itu,peluangnya banyak,cuma,anda sendiri yang mampu membuat keputusan dan pilihan mahu mencarinya atau tidak.Ingat,nak seribu daya,tak nak,anda tidak perlulah berdalih-dalih kerana sifat berdalih-dalih ini tidak disukai Allah.Jika kita tidak mahu,maka,katakan sahaja tidak tetapi ingatlah,kita hanya perlu katakan tidak pada perkara yang memudaratkan dan tidak bermanfaat sahaja,bukan untuk perkara kebaikan.

SALAM PERINGATAN BUAT SEMUA,USAHA SELAGI MANA ANDA MAMPU!

2 comments:

  1. ye betol tu..aku pon rase rugi sebab dah tinggal arab..byk dah lupe..huhuhu

    ReplyDelete
  2. he he he~
    tp ni tahap tinggi lagi pd bhs arab tggi!!!

    ReplyDelete