

CIRI2 LELAKI SOLEH KE??
Salam,mesti korang pelik an asal la title cam poyo jerk???
Actually ni lah realiti yg dihadapi oleh saya n hampir semua rakan2 yg baru nak menginjak ke umur 20-an.Masalah kami ialah,pertama tentang identiti diri.Oang kata,identiti diri tu masa umur 20 thn baru kita nampak dan apa kita bila kita 20 thn tu ialah apa kita bila besar nanti.Betul or x tu no komen la sbb bagi saya,saya jumpa identiti diri saya lagi awal sblm saya menginjak 20 tahun.Walau macam mana pun,kalau anda2 sekalian yang x jumpa lagi identiti diri tu,and masih mencari,teruskan.Kalau boleh,biar lah kita bawak identiti diri yang berlandaskan syariah,kalau perempuan tu,biarlah kita jadi wanita yang solehah yang kalau org tgk sejuk je mata memandang.Peringatan buat diri saya sendiri juga.
Masalah ke-2 yang semua kwn2 mengadu is......Masalah perasaan.Semua dok cakap pasal KAHWIN.Okay,saya ulang ye KAHWIN.Memang agak ganjil kan ckp pasal kahwin,tapi itulah hakikat yang melanda semua kawan2 saya.Actually,bila fikir balik,kita sebenarnya dah besar dan selayaknya berbicara tentang ini.Tapi,nak berbicara pasal kahwin ni,kena lah berpada2.Cukuplah sekadar memahaminya.Untuk melaksanakannya pastinya lambat lagi lah bagi saya,tapi,bak kata cikguku,masa inilah kita mencari,dan sebaik2nya carilah yang cukup syarat berlandaskan islam.Walaubagaimanapun,saya akan doakan kwn2 saya yg mengalami masalah seperti ini,cukuplah sekadar perasaan sahaja,jangan lebih dari itu,bercouple secara HARAM sebelum berkahwin itu kalau boleh elakkan la erk??.Kepada senior saya yang beza setahun je pun,anda tidak bersalah dahulu sewaktu mengalami perasaan ini,kami memahami anda sekarang.Now,kita setaraf.
Masalah ke-3,cita2 saya ialah.....Kalau dah umur 20 kan,mesti kebanyakan dah masuk Universiti.Bila dah masuk Universiti mesti dah konfirm lah cita2 tu.Kalau yang amik bidang perubatan,doktor sudah pastilah pekerjaan anda,kalau amik engineering,pastinya engineer lah anda dan sebagainya lah.Tapi,adakah cita2 pekerjaan sahaja ke yang kita maksudkan???Contoh lah,mcm saya,mengambil bidang perubatan,insyaalah lah jadi doktor bila dah graduate nanti kan?Tapi,itukah yang kita nak????Sekadar title Dr,cukupkah sekadar org boleh memanggil awak Dr.Farhana ataupun ada definisi lain disebalik cita2 itu.Bagi saya,bukanlah title Dr. yang saya mahukan tapi lebih kepada membantu masyarakat dan lebih2 lagi agama.Tak kira apa bidang sekalipun anda ambil,bukan gelaran dan harta serta pangkat yang menjadi ukuran tapi sejauh mana anda mampu membantu orang lain.Sejauh mana anda mampu memberikan hak anda kepada orang yang lebih memerlukan????Bagi saya,iulah yang paling penting dan pokok pangkal kepada setiap bidang yang kita ceburi.Kerja atau amal dalam arabnya,senang saya definisikan sebagai,menggunakan kepakaran kita dalam sesuatu bidang itu untuk membawa agama,masyarakat dan negara ke arah yang lebih baik.Dalam erti kata lain,bekerjalah kerana Allah.Pahala yang menanti,bekerja dengan Ikhlas,nescaya kita akan jatuh cinta kepada pekerjaan kita walau susah mana sekalipun.Nasihat buat diriku yang hina ini juga,supaya sentiasa perbaharui niat dan melakukan semuanya hanya kerana ibadat kepada Allah.Jadi,remaja2 di luar sana,jadikan cita2 anda sebagai pendorang anda untuk lebih melakukan semua perkara tanpa mengira balasan tapi untuk ganjaran yang hanya Allah sahaja mampu balas.
Kesimpulannya,satu perkara sahaja yang mampu saya perkatakan tentang gelora remaja bakal 20-an ni.Memang mencabar,tapi semuanya terpulang kepada kita sendiri untuk mengatasinya.Kalau kita bijak mengatasinya,masalah2 lain x akan timbul.Kepada rakan2 ku sekalian yang mengalami masalah ini,marilah kita muhasabah diri kita dan berusaha menjadi yang terbaik buatNYA,sesungguhnya itu adalah lebih baik kerana pandangan MAHA PENCIPTA itu adalah lebih penting dari pandangan MANUSIA.Marilah kita berdoa supaya,penginjakan umur kita ke usia 20 ini akan menjadikan kita lagi matang dalam menempuhi cabaran hidup dan menjadikan kita seorang yang beridentiti selaras syariat islam.Peringata buat diriku dan rakan2 sekalin.^_^
ok..terbaek ah fana~!!hehe...
ReplyDeletemsalah rasa nk kawin~!haha
bg ak la..slagi kdudukan kewangan n study x stabil..ak akn elak kn ckp psal bnda neh..ye lah weyh...nk kawin..tapi xdak duit..abis anak2 nk bg mkn pe~??pasir~??haha...bg ak la...hehe
tp pe pn..ak stuju ah ngan kau..ckp bia berpada2 tntg neh..ckup tuk kita fhm apa itu perkahwinan..;)
ha ha ha~
ReplyDeletebetul la weyh,sepanjang aku observe most of korang la...
masalah nak kawen tu mcm dah jadi 1 beban lak bagi korang...anyway,terpulang pd diri msg2 la tentang nak kahwin awal tu.kalau rs mampu silakan,tp kalau rs kahwin tu akan lagi mendatangkan masalah,hold la dulu!!
he he he^^
persoalan disini adakah perkhawinan itu sesuatu yg membebankn?
ReplyDeleteperkahwinan itu sesuatu yang sepatutnya tidak membebankan malahan sewajarnya dijadikan sesuatu yang indah.Tetapi,terpulang pada individu itu sendiri sebenarnya,kalau mcm aku now,full time student,and kalau aku kahwin insyaallah lah aku akan rs itu sesuatu yang membebankan sbb aku terikat dgn komitmen lain yg lebih penting but ada juga yang akan rasa ia sesuatu yang tidak membebankan walaupun dia ialah seorang pelajar,mungkin sebab dia mempunya persepsi atau pendapat berlainan drpd aku...
ReplyDeleteadakah perkahwinan itu membebankan,jawapannya,tidak sama sekali jika kita sudah bersedia memikul tanggungjawab membina keluarga itu.okay ke??