hidup untuk memberi kepada orang disekeliling dan ummah!

it's merely what I want to write,but not merely without purpose,i want to give people what i learn and what i have!
LIFE IS FOR YOU TO
SHARE IT WITH PEOPLE AROUND YOU,MAKE THEM HAPPY,U WILL BE HAPPY!

Wednesday, December 15, 2010

APA ADA DENGAN UNIVERSITI AL-AZHAR!





Al-Azhar,sebuah Universiti yang berprestij di dunia dan Universiti yang tertua di dunia juga.Mesti ramai yang beranggapan bahawa kalau belajar di Al-Azhar,mesti ambil pengajian islam,bukan sahaja orang ramai tapi senang cerita,saya sendiri pun beranggapan begitu.Sebelum saya bercerita lebih lanjut tentang APA ADA DENGAN UNIVERSITI AL-AZHAR,terlebih dahulu marilah kita kenali dulu Universiti yang telah melahirkan ramai para ulama' ini.

Mengikut maklumat yang saya perolehi dari internet.Al-Azhar ini,bagi yang kurang mengetahui pertamanya terletak di Kahereah,Mesir.Bumi para nabi juga.Diasaskan pada 970-972AD(masihi).Tujuan asas pembinaanya ialah untuk melahirkan pelajar yang berasakan Islam atau dalam bahasa yang mudahnya pelajar yang bertunjangkan agama.Walaubagaimanapun,tujuan utamanya ialah untuk melahirkan para ulama'.Penggunaan nama Al-Azhar asalnya daripada singkatan atau panggilan nama anak Nabi Muhammad S.A.W,Fatimah yang digelar Az-Zahra.Itulah asal usul pembentukan Al-Azhar,kemudiannya,pada tahun 1961,Al-Azhar telah diletakkan di bawah pentadbiran kerajaan Mesir pada waktu itu di bawah pemerintahan Gamal Abdel Nasser.Sejak daripada itu,pelbagai bidang baru seperti ekonomi,perubatan,pergigian dan sebagainya telah di perkenalkan selain daripada mata pelajaran agama sahaja.Walaubagaimnapun.mata pelajaran agama tetap wajib walaupun bagi pelajar bidang selain bidang agama.Mungkin cukup sekadar itu pengenalan tentang Al-Azhar yang mampu saya berikan,kalau nak tahu lebih lanjut,rajin-rajinkan diri anda untuk mengGOOGLE maklumat tentang Al-Azhar ini.

Berbalik kepada entry blog kali ini,ADA APA DENGAN AL-AZHAR.Jawapan saya mudah,macam-macam ada,ibarat pepatah ASTRO.Kalau dulu cakap Azhar semua mesti akan ingat ambik Agama,senang cter kalau kata belajar dekat Azhar balik jadi pak ustaz or ustazah2 la katakan.Tapi,ramai yang tak tahu sebenarnya,ada je pengajian PERUBATAN di Azhar dan ada juga pelajar2 Malaysia yang ambil PERUBATAN di Azhar.Tapi,apa bezanya antara PERUBATAN AZHAR dan PERUBATAN LAIN DI MESIR ATAU DI MANA2 SEKALIPUN???
Ingin saya nyatakan di sini,perbezaan antara Azhar dan Universiti lain(yang dimaksudkan ialah Perubatan).Pertamanya,kami mempunyai pelajaran agama dan di wajibkan untuk mengahafal 1 juzu' al-quran setiap tahun.Bukan niat nak bangga,tak terlintas langsung nak bangga sebab kami dapat kemudahan untuk belajar mata pelajaran agama islam,sebaliknya,timbul perasaan insaf,malu dan berhati-hati.Mengapa saya berkata begitu kerana timbul perasaan insaf adalah hasil dari pembelajaran al-quran yang agak mendalam,bermakna kami mempelajari al-quran dan memahaminya serta mentadabbur ayat2nya,maka,dari situ timbulnya rasa malu.Hal ini adalah kerana,malulah kami jika kami tidak mengamalknnya dan tidak menjaganya.Hal ini ibarat kami tidak menjaga kesucian al-quran itu sendiri,walaubagaimanapun,kami adalah manusia biasa yang kadang kala ada masanya kami tersasar dari landasan yang telah pun ditetapkan.Maka,jangan pandang kami dengan pandangan yang sinis jika kami kelihatan agak tidak membawa imej seperti seorang huffaz(seseorang yang menghafal al-quran),kami semua masih dalam proses itu.Perjalanannya baru bermula,di dalam perjalanan itu kami memerlukan sokongan dari sekalian pihak supaya boleh mencapai tahap yang sebenar-benarnya yang dikehendaki oleh agama.Peringatan buat diri sendiri juga kerana saya juga merupakan pelajar Universiti Azhar juga.Kepada pelajar2 perubatan Universiti lain,kami tidak sesekali pernah memandang rendah anda walaupun anda tidak mengambil subjek agama,malahan,kami menyanjung tinggi anda semua kerana anda ialah "CREAM OF THE CREAM".Cumanya,mahu saya katakan di sini,misi kita adalah satu iaitu berbakti untuk agama dan negara,jesteru,dari Universiti mana sekalipun kita,kita seharusnya bersatu.Bagi pelajar perubatan di Mesir,mereka lebih tahu perihal ini.

Lagi,apa ada dengan Al-Azhar?.Mungkin ramai yang tidak mengetahui bahawasanya Al-Azhar merupakan antara Universiti yang terkaya di dunia,malahan,kerajaan Mesir sendiri berhutang dengan Al-Azhar.Lihatlah betapa kayanya Universiti ini.Kalau dilihat dari segi keluasan Universitinya,anda pasti akan terkejut.Oleh kerana fakulti LELAKI dan PEREMPUAN diasingkan,maka,jika dikumpul jumlah keluasan Universiti ini,maka,saya rasa anda sendiri akan terkejut dengan keluasannya.Oleh kerana saya merupakan pelajar Azhar,maka,timbul perasaan tidak sedap hati apabila senantiasa mendengar perkhabaran yang kurang baik tentang Universiti Azhar.Telinga saya sentiasa dibasahi dengan komen2 seperti,Fakulti Medik Azhar tu buruk la,kelengkapan tak cukup dan sebagainya yang agak kurang postif.Ingin saya nyatakan di sini, jika kita membezakan Universiti Azhar dengan Universiti2 di Malaysia makanya sudah pasti kekalahan jatuh ke tangan Azhar kerana hal ini ibarat langit dan bumi.Kemudahan di Malaysia jauh berkali ganda lebih baik,dan,saya sendiri tidak dapat menafikan hal itu.Tetapi,bagi saya,apa yang penting ialah selagi keadaan masih elok dan mencukupi,tidak perlu terlalu mewah,maka,itu sudah dikira bagus.Sebagai makhluk Allah yang diciptakan untuk sentiasa bersyukur,saya rasa,rungutan itu adalah sesuatu yang tidak perlu.Sedangkan Allah sendiri menyuruh umatnya untuk bersederhana,maka,kita sebagai umatnya haruslah patuh dan taat kepada perintahnya.Ingatlah,di mana sekalipun kita belajar,hatta,di tengah padang pasir sekalipun,bukan materialnya yang kita mahukan tetapi ilmunya,bukan sekadar ilmu yang biasa biasa sahaja tetapi ilmu dengan berkatnya sekali.

Ilmu itu bergantung pada pengajarnya.Guru tanpa pengalaman ibarat bayi yang baru mula berlatih berjalan.Namun,guru yang penuh ilmu dan pengalaman di dada,ibarat bayi yang gah apabila sudah reti berjalan.Itu adalah,satu kata2 yang mampu saya gambarkan tentang tenaga pengajar di Universiti Al-Azhar.Sepanjang belajar di sini,pensyarah yang saya jumpa semuanya pensyarah yang berpengalaman,ada sehingga pengalaman mengajar sehingga berpuluh2 tahun.Bayangkanlah ilmu di dadanya,pasti melimpah ruah.Itulah hakikat tentang pensyarah2 di Azhar.Kebanyakannya,mengajar tanpa memerlukan buku,oleh kerana semuanya tersimpan di dalam dadanya,maka,tiada sebarang masalah bagi mereka untuk menerangkan pelajaran dengan sebaiknya.Orang kata,DON'T JUDGE THE BOOK BY IT'S COVER,satu-saunya prinsip yang saya pegang,Dr di Azhar,nampak seperti orang2 biasa,namun,ilmu yang dimiliki mereka,cukup tinggi,tiada kata yang mampu menggambarkan betapa tinggi ilmu mereka(tetapi tinggi lagi ilmu Allah),rasa hormat terhadap mereka itu sentiasa melimpah ruah dek kerana syarahan mereka yang sungguh hebat dan terasa diri ini kerdil kerana ilmu itu masih kurang.Janjiku,selagi mana aku mampu,aku akan simpan azamku untuk menjadi seperti mereka.

Itu semua tentang Azhar,selepas ini,jika orang bertanyakan saya belajar di mana,saya akan jawab "SAYA AMBIL PERUBATAN DI AL-AZHAR" dengan penuh keyakinan dan saya akan sentiasa melahirkan rasa syukur kerana ini ialah ketentuan Allah supaya saya belajar di sini dan tidak meninggalkan subjek diniyah itu.

Amin Ya Rabb kerana mempertemukan aku dengan Universiti Al-Azhar.Sesungguhnya ENGKAU maha mengetahui setiap yang ENGKAU aturkan untuk hambamu.

Tinta ini khas buat semua pelajar2 sekuliah saya.Jangan pernah timbul rasa menyesal belajar di Al-Azhar dan ingatlah,kita merupakan generasi dan pelapis yang mahu mengembalikan dan memartabatkan semula Islam,bukan sahaja di Negara Kita bahkan di SELURUH DUNIA.INSYAALLAH!




Study hard to achieve everything,but,don't forget no matter how hard we study it's all back to our God ALLAH,tawakal and doa is important!!!!

2 comments: